
Kota Kinabalu: Sabah melonjak ke tangga teratas dalam carta kutipan pingat Sukan Para Malaysia (Para Sukma) setakat jam 5 petang Khamis dengan sejumlah 12 emas, empat perak dan lima gangsa.
Mereka memintas pendahulu semalaman Sarawak dengan tambahan lapan emas yang dimenangi pada hari itu menerusi Jacklon Ganding (100m Lelaki T37), pasukan 4x100m gaya bebas lelaki (Jaflee Jikol, Shahafiq Abdullah, Abd Halim Mohammad, Louis Simun), Halim Mohammad (100m kuak dada lelaki), Heronlee Wong (rejam lembing Lelaki F37), Shamli Waidi (rejam lembing Lelaki F36), Ahmad Ajin Bagudan (rejam lembing Lelaki F13), Jaflee Jikol (100m kuak dada lelaki) dan Elissieball Jonal (lompat jauh Wanita T20).
