
Kota Kinabalu: Sabah komited memperkukuhkan kerjasama dengan China dalam pelbagai sektor untuk membawa lebih ramai pelabur dari negara itu datang ke negeri ini, kata Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor.
Beliau berkata pada masa ini sudah ada pelabur dari China ke Sabah antaranya Kumpulan Kibing yang melabur dalam pembuatan kaca solar di Taman Perindustrian Kota Kinabalu, menurut kenyataan media.
“Kehadiran pelabur-pelabur ke Sabah bukan sahaja mampu meningkatkan ekonomi negeri malah dalam masa sama dapat memberi peluang pekerjaan kepada penduduk tempatan.
"Oleh itu, saya berharap lebih banyak lagi pelabur dari negara China melabur ke negeri ini dan kita amat mengalu-alukan kehadiran mereka.
SPONSORED CONTENT Shell awards Sabah LiveWIRE winners Kota Kinabalu: Shell has awarded five enterprises as the state winners of Shell LiveWIRE Malaysia 2024, following the Sabah state finals held at Plaza Shell in Kota Kinabalu. . Read more “Sudah pasti dengan lebih ramai pelabur datang termasuk dari China, ia akan membawa petunjuk yang baik kepada ekonomi kita,” katanya ketika menerima kunjungan hormat daripada Duta China ke Malaysia, Ouyang Yujing, dan Konsul Jeneral China di Kota Kinabalu, Huang Shifang.
* Read full report in tomorrow's print paper or log in or sign up for e-paper and premium online news access.
* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

