Tiada keperluan parti Sarawak bertanding di Sabah – Shafie

LocalPolitics
8 Jul 2024 • 3:40 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

By: Agust Dean

Kota Kinabalu: Kerjasama Sabah dan Sarawak tidak memerlukan wakil parti dari Sarawak bertanding di negeri ini, kata Presiden Parti Warisan Datuk Seri Mohd Shafie Apdal.

Katanya, Sabah perlu terlebih dahulu menyelesaikan masalah di peringkat negeri sekiranya ingin memperkukuhkan Blok Borneo.

Menyebut tentang kepentingan Sabah dan Sarawak dalam pembentukan Malaysia menerusi Perjanjian Malaysia 1963 (MA63), tegas Shafie, suara kedua-dua wilayah perlu didengari.

Menangani pengurusan pentadbiran di peringkat Sabah, katanya, adalah penting untuk suara negeri ini didengari.

SPONSORED CONTENT Shell awards Sabah LiveWIRE winners Kota Kinabalu: Shell has awarded five enterprises as the state winners of Shell LiveWIRE Malaysia 2024, following the Sabah state finals held at Plaza Shell in Kota Kinabalu. . Read more Beliau berkata demikian bagi mengulas mengenai kenyataan Presiden Parti Bangsa Malaysia (PBM), Datuk Larry Sng bahawa parti itu akan bertanding di Sabah kerana hanya dengan kuasa Borneo sahaja, Sabah boleh pesat membangun.

Shafie, yang juga Ahli Parlimen Semporna berkata, Warisan tidak pernah menawarkan diri bertanding di Sarawak.

Ketika ini, Sabah mempunyai 25 kerusi Parlimen dan Sarawak 31, dengan hanya beberapa sahaja Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) PBM.

Shafie menggesa rakyat Sabah untuk mengenali perwakilan sebenar mereka, dengan menyatakan walaupun suara Pakatan Harapan (PH) didengar, isu-isu di peringkat akar umbi masih tidak diselesaikan.

Beliau mengkritik janji-janji pilihan raya yang kerap tidak dapat direalisasikan apabila masalah timbul.

“Dalam pilihan raya bukan main sedap telinga kita mendengar, kita akan bantu selesaikan dan kurangkan bebanan. Namun, apabila ada masalah berlaku muka pun tidak nampak,” katanya semasa program ziarah kasih di Sembulan pada Sabtu.

Katanya, dalam belanjawan, Sabah menerima RM6.6 bilion dan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyatakan kerajaan Persekutuan memberikan RM16 bilion.

“Dimana duit itu, tak kan duit ini tidak boleh diatur dengan baik. Contohnya, masalah air yang ada, saya ingat cukup jika peruntukan RM1 bilion diberikan untuk atasi masalah ini.

“Kalau tidak mampu atasi, bagi ruang kepada kita mengatasi masalah di Sabah, kita boleh buat,” katanya.

Shafie juga menggesa pemimpin Sabah agar segera mendapatkan bantuan agensi-agensi pusat dengan menggerakkan pasukan tentera dan Jabatan Bomba dan Penyelamat apabila berlaku banjir di negeri ini.

Tambahnya, kerajaan negeri boleh mendapatkan bantuan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) untuk membantu penduduk membersihkan rumah-rumah yang terjejas banjir.

“Untuk kawasan yang tidak mempunyai air, gerakkan lori Jabatan Bomba dan Penyelamat untuk menghantar air, tidak perlu menggunakan lori tangki air swasta yang memerlukan perbelanjaan tambahan.

“Kita boleh jimatkan perbelanjaan kerajaan dengan menggunakan lori tangki bomba mahupun agensi-agensi lain yang mempunyai lori yang boleh menghantar air ke kawasan yang terputus bekalan air akibat banjir,” katanya.

Beliau turut menyatakan kebimbangan mengenai masalah bekalan air di Universiti Malaysia Sabah, dan berharap agar penyelesaian segera dapat dicapai untuk mengelakkan memanjangkan siasatan pelajar.

“Bayangkan Universiti Malaysia Sabah (UMS) pun ada masalah air, mahasiswa dituduh tidak ada disiplin dan disiasat. Jadi, saya harap perkara sebegini tidak berlarutan,” katanya.

Bekas ketua menteri itu menekankan keperluan perancangan yang lebih strategik dalam mengurangkan impak kerosakan akibat banjir di kawasan yang sering dilanda banjir seperti Penampang.

Banjir baru-baru ini mengakibatkan ratusan rumah penduduk di Penampang, Putatan, Tuaran, Tamparuli terjejas dan banyak harta benda mereka rosak.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.