
Kota Kinabalu: Kerajaan Sabah komited memperkasakan golongan wanita menerusi pelbagai program pembangunan di negeri ini, kata Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor.
Selaras dengan itu, beliau berkata, sejumlah RM5.81 juta diperuntukkan kepada Jabatan Hal Ehwal Wanita (Jhewa) Sabah, sementara RM700,000 diperuntukkan kepada Majlis Penasihat Wanita Sabah (MPWS) tahun ini, untuk pelaksanaan program pembangunan modal insan untuk kesejahteraan wanita di negeri ini. Peruntukan besar ini membuktikan bahawa kerajaan amat menghargai peranan serta sumbangan wanita secara keseluruhan.
“Bagi meningkatkan lagi pembangunan wanita, kerajaan negeri akan terus memberi penekanan yang penting kepada golongan wanita dalam Belanjawan 2023 Negeri Sabah yang akan dibentangkan nanti,” katanya.
