Sabah Maju Jaya di landasan betul, tunjuk hasil positif

LocalBusiness & Finance
7 Oct 2024 • 4:08 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

By: Sabah Publishing House Sdn Bhd

Kota Kinabalu: Agenda pembangunan negeri yang berpaksikan Hala Tuju Sabah Maju Jaya (SMJ) kini berada di landasan betul dan sudah menampakkan hasil positif, kata Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor.

Selepas empat tahun menerajui negeri, kerajaan dengan penuh keyakinan terus mara ke hadapan melaksanakan hala tuju negeri dengan penekanan kepada beberapa sektor penting khususnya pertanian, perindustrian dan pelancongan.

“Ketiga-tiga sektor ini melonjakkan ekonomi negeri sehingga menarik pelabur ke Sabah, sekali gus membuka beribu-ribu peluang pekerjaan kepada anak tempatan. “Selain itu, kerajaan turut memberi tumpuan untuk membangunan modal insan dan memperkasa kesejahteraan rakyat.

SPONSORED CONTENT Enjoy a taste of Malaysia, everyday with Ayam Brand™ local pastes SHAH ALAM: Fact: Every time Malaysians travel abroad, we almost immediately miss the taste of home. You don’t need to be homesick to celebrate Malaysia’s rich culinary heritage when you can savor the authentic taste of Malaysia in your own home with Ayam Brand™ cooking pastes. Read more “Dengan sokongan jemaah kabinet negeri, segala perancangan dan dasar-dasar dapat dilaksana, sesuai dasar Hala Tuju SMJ yang menjadi asas kepada corak kemajuan dan pembangunan negeri Sabah,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam ucapan menjunjung kasih sempena Majlis Istiadat Pengurniaan Darjah-Darjah Kebesaran, Bintang-Bintang dan Pingat-Pingat Negeri Sabah sempena Hari Ulang Tahun Kelahiran Rasmi Yang di-Pertua Negeri Sabah ke-71 di Istana Seri Kinabalu, di sini, Sabtu.

Berdasarkan statistik Jabatan Perangkaan Malaysia pada Julai lalu, Sabah menyumbang 5.5 peratus kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada 2023.

Menurutnya, Sabah menerima pelaburan sebanyak RM11.34 bilion, merupakan ketujuh tertinggi di Malaysia, dengan 13.3 peratus diperolehi daripada sektor pembuatan, tahun lalu.

Hajiji juga berkata, kehadiran pelancong ke Sabah juga semakin meningkat iaitu 1.7 juta pelancong direkodkan dari Januari hingga Julai 2024, termasuk lebih 1.05 juta pelancong tempata dan 706,383 orang pelawat antarabangsa.

“Perkembangan ini jelas bahawa sektor pelancongan di Sabah terus menunjukkan pertumbuhan kukuh untuk tahun ini dan masa-masa akan datang serta dapat mencapai sasaran seramai 3 juta pelancong ke Sabah pada tahun ini,” katanya.

Walaupun pencapaian dalam tempoh empat tahun pemerintahan, Hajiji berkata dengan pelaksanaan lebih tiga tahun Hala Tuju SMJ sejak dilancarkan pada Mac 2021, namun banyak lagi yang perlu kerajaan lakukan.

Katanya, Kerajaan negeri terus bertekad memperhebatkan lagi pembangunan negeri dan kesejahteraan rakyat melalui pelaksanaan pelbagai program serta inisiatif yang meliputi pelbagai sektor.

Menurutnya, Kerajaan negeri sedang menerokai potensi Ekonomi Biru iaitu penerokaan khazanah laut sebagai sumber ekonomi baharu dan lain-lain produk industri yang boleh dihasilkan daripadanya.

“Sabah yang dikelilingi oleh Laut Cina Selatan, Laut Sulu dan Laut Celebes, berpotensi tinggi untuk penerokaan dan pembangunan Ekonomi Biru.

“Ke arah merealisasikan usaha ini, kerajaan akan menganjurkan seminar bertaraf antarabangsa berkaitan ‘The Blue Economy’, pada bulan ini”, tegasnya.

Hajiji percaya rakyat bijak menilai fakta pencapaian kerajaan hari ini yang bertanggungjawab bukan saja memikirkan, merancang malah melaksanakan banyak agenda pembangunan untuk membantu rakyat.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.