
Kota Kinabalu: Agenda Sabah Maju Jaya (SMJ) adalah aspirasi dan hala tuju kerajaan negeri di bawah kepimpinan Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Mohd Noor bagi memastikan Sabah mencapai pembangunan cemerlang di masa depan.
Ketua Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat) Bahagian Lumadan, Mazlan Joehari Manan berkata, untuk mencapai hasrat itu, perancangan mapan perlu dirangka dan SMJ adalah ‘kunci’ kepada usaha murni itu.
Menurutnya, ia perlu kerana semua maklum Sabah sejak sekian lama ketinggalan dalam serba serbi pembangunan berbanding wilayah lain di Malaysia, justeru SMJ menjadi misi utama untuk keluar dari situasi itu.
“SMJ juga adalah slogan untuk mengajak serta membawa aspirasi rakyat bergerak maju ke hadapan bagi mencapai kejayaan dan kegemilangan dari aspek pembangunan dan modal insan.

