GRS berjaya sebagai kerajaan: Hajiji

Politics
21 Mar 2024 • 1:01 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

KETUA Menteri Datuk Seri Hajiji Noor menyelar pemimpin Warisan, terutamanya Presidennya Datuk Seri Mohd Shafie Apdal, kerana menjaja cerita politik palsu untuk menjejaskan Kerajaan Negeri Gabungan Rakyat Sabah (GRS)-Pakatan Harapan (PH) Plus.

Presiden Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat) itu mendakwa Shafie hanya pandai menyebarkan cerita palsu dan fitnah tanpa menilai apa yang dilakukan GRS-PH Plus selama ini. Beliau berkata tuduhan Shafie bahawa kerajaan GRS telah gagal adalah tidak berasas. Sebaliknya, beliau berkata, kerajaan pimpinan Shafie selama dua setengah tahun tidak mampu membawa perubahan ketara kepada rakyat.

“Kami (GRS) telah melakukan banyak perubahan,” katanya ketika berucap merasmikan Karnival Mini Gagasan Rakyat, di Kota Kinabalu pada 9 Mac.

“Kami berjaya sebagai kerajaan kerana kita telah menjalankan banyak program untuk rakyat dan pembangunan mereka.

SPONSORED CONTENT Sabah revenue hits RM6.97 billion: Hajiji says GRS State Government may see full term Kota Kinabalu: The Sabah Government continued its momentum in managing the economy in line with the commitment and spirit of the Sabah Maju Jaya (SMJ) when it posted record high state revenue of RM6.973 billion last year. Read more “Yang gagal ialah Warisan, Shafie Apdal. Kita mahu tanya Shafie apa yang Warisan buat semasa mereka memerintah Sabah.

“Dia (Shafie) bercakap sana sini, mengatakan kerajaan ini gagal… gagal apa?

“Apa yang dia lakukan selama dua setengah tahun di Sabah. Itulah sebabnya rakyat menolak Warisan dan Shafie, dan kita tidak boleh bercakap bohong atau mengarut.”

Hajiji yang juga Pengerusi GRS berkata, jika Warisan tidak gagal, mereka masih menjadi kerajaan.

“Beliau menjadi Ketua Menteri, dan ia bukan pun dengan mandat rakyat.

“Beliau membubarkan Dewan Undangan Negeri dan tidak mendapat mandat rakyat, jadi apa yang diperkatakan oleh Shafie selama ini semuanya pembohongan.

“Kita mesti bercakap benar. Saya percaya rakyat Sabah pandai menilai, dan kita tidak boleh membenarkan pemimpin seperti ini memerintah Sabah lagi.

“Dia (Shafie) kata kalau dia membentuk kerajaan semula, dia mahu buat ini dan itu...ubah perlembagaan. Seolah-olah dia seorang sahaja yang pandai.

“Dia hanya pandai merendahkan orang lain dan bercakap di mana-mana,” katanya.

Hajiji mengakui beliau tidak pandai bercakap seperti Shafie tetapi menegaskan beliau ikhlas dalam perjuangan untuk rakyat dan Negeri ini.

Beliau turut mencabar Shafie untuk menyenaraikan jumlah pelabur yang datang pada zaman kerajaan Warisan Plus.

“Berbanding GRS, terdapat kemasukan pelaburan ke negeri ini dalam tempoh dua tahun...Taman Perindustrian Minyak dan Gas Sabah (Sogip) telah berjaya dipenuhkan, manakala Taman Perindustrian Kota Kinabalu (KKIP) hampir penuh.”

Ini adalah berikutan keyakinan pelabur terhadap kerajaan sekarang. Kerajaan Negeri bercadang membuka taman perindustrian minyak dan gas baharu di Kimanis dan sebuah lagi taman perindustrian baharu antara Kota Belud dan Kota Marudu atau Kudat.

“Semua ini untuk rakyat, kita bawa pelabur wujudkan peluang kerja dan saya fokus untuk rakyat.

“Beribu kerja kita dapat wujudkan menerusi kemasukan pelabur. Ini kita buat, bukan jaja cerita politik,” katanya. Hajiji mengakui, banyak masalah seperti isu air perlu diatasi, namun menegaskan isu yang diwarisi daripada kerajaan lalu itu akan dapat diselesaikan menerusi kesungguhan Kerajaan Negeri pimpinannya.

Turut hadir Naib Presiden Gagasan Rakyat Datuk Mohd Arifin Mohd Arif dan Datuk Masiung Banah, Setiausaha Agung Datuk Mohd Razali Razi, Ketua Wanita Datuk Redonah Bahanda, Ketua Pemuda Datuk Fairuz Renddan dan Ketua Beliawanis Emmie M Idang.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.