Sabah mulakan rundingan bayaran hak 40 peratus

LocalPolitics
18 Nov 2025 • 5:22 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Hajiji pada sidang media selepas menghadiri Kempen Rumah Kita, Kita Jaga GRS di sini pada Selasa.

KOTA BELUD – Perbincangan awal berhubung mekanisme pembayaran hak 40 peratus hasil cukai Sabah telah dimulakan antara Setiausaha Kerajaan Negeri dan Ketua Perbendaharaan Malaysia di Menara Kinabalu, Pusat Pentadbiran Negeri Sabah (PPNS) Kota Kinabalu.

Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor berkata, pertemuan itu membincangkan kaedah penyelesaian dan mekanisme pembayaran melibatkan tuntutan hak tersebut.

“Saya belum menerima laporan penuh, namun Setiausaha Kerajaan Negeri memaklumkan bahawa perbincangan sudah dijalankan, termasuk berkaitan mekanisme dan cara menyelesaikan isu hak 40 peratus ini.

“Bagaimana pembayarannya dan apa yang perlu dilakukan, itu semua sedang diteliti,” katanya pada sidang media selepas menghadiri Kempen Rumah Kita, Kita Jaga GRS di sini pada Selasa.

Hajiji berkata, kerajaan negeri menunggu perincian lanjut sebelum sebarang keputusan dimuktamadkan.

“Kita masih ada masa. Mahkamah memberi tempoh tiga bulan untuk berbincang. Selepas itu barulah keputusan dicapai antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Sabah.

“Perbincangan mungkin tidak hanya sekali, tetapi berkali-kali sebelum persetujuan dicapai,” katanya.

Beliau turut menjelaskan, belum ada jumlah ditetapkan kerana kerajaan negeri masih menunggu maklumat lengkap berhubung jumlah hasil dipungut daripada Sabah.

Terdahulu, Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu memerintahkan Kerajaan Persekutuan membayar hak 40 peratus hasil cukai kepada Sabah dan susulan keputusan itu, rundingan dimulakan pada Isnin.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved