
Kota Kinabalu: Kontinjen Sabah selaku Pasukan Malaysia B muncul naib juara Sukan BIMP-Eaga yang berlangsung di Puerto Princesa City, Palawan, Filipina yang berakhir Khamis lalu.
Mereka gagal mempertahankan kejuaraan keseluruhan yang dimenangi di Brunei empat tahun lepas selepas mengumpul sejumlah 17 pingat emas, 16 perak dan 19 gangsa untuk menamatkan saingan di belakang Filipina A (Mindanao A) yang memenangi 31 pingat emas, 39 perak dan 22 gangsa untuk mengungguli pungutan pingat.
AdvertisementSebanyak sembilan pasukan mengambil bahagian dalam temasya dwitahunan lima hari itu dan di tempat ketiga ialah Indonesia (Indonesia Selatan) dengan 14 emas, lapan perak dan enam gangsa, manakala Labuan selaku Malaysia A menduduki tempat ketujuh dengan dua emas, empat perak dan tiga gangsa.
Sabah diwakili oleh 67 atlet berusia 16-19 tahun dan mereka menyertai sukan memanah, olahraga, karate, pencak silat, sepak takraw dan renang.
SPONSORED CONTENT Shell Sabah Deepwater Production Manager Earns Unsung Hero Award Daily Express had the opportunity to interview Musti whose story reflects the power of determination and resilience. Read more Menteri Belia dan Sukan Datuk Ellron Angin sebelum ini menyeru para atlet untuk memberikan yang terbaik dan cuba mempertahankan kejuaraan keseluruhan.
Beliau juga berkata para atlet harus merebut peluang untuk menimba pendedahan dan pengalaman dengan bertanding di acara antarabangsa.
Advertisement (adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});Sementara itu, pada pertemuan terakhir pada 2018 sebelum temasya dwitahunan itu ditangguhkan akibat pandemik Covid, Sabah mengungguli pungutan pingat dengan 23 pingat emas, 17 perak dan 15 gangsa.


