
Meneroka dan menggunakan sumber tenaga boleh diperbaharui (RE) menawarkan lebih banyak kelebihan untuk Sabah dalam jangka panjang.
Tenaga boleh diperbaharui membantu mengurangkan impak negatif terhadap alam sekitar, mengurangkan pencemaran udara dan menyokong pembangunan lestari, kata Adun Dilantik Datuk Amisah Yassin.
Dalam ucapan perbahasannya pada pendengaran Usul Tenaga Boleh Diperbaharui 2024 pada Rabu, katanya pengguna teknologi ini di Sabah dan seluruh Malaysia boleh membantu menyediakan sumber tenaga lebih bersih dan membina masa depan yang lebih lestari.
Ketika ini, katanya Kerajaan Persekutuan masih memberikan subsidi diesel untuk penjanaan elektrik pada kadar RM1.50 untuk 1 Kilowatt Sejam berbanding Tenaga Boleh Diperbaharui seperti tenaga hidro, solar, biojisim dan banyak lagi, hanya memerlukan kos subsidi 31.5 sen untuk Kilowatt Sejam.
SPONSORED CONTENT Sabah International Convention Centre’s Big Sabah Sale a big hit Kota Kinabalu: The Sabah International Convention Centre’s (SICC) Big Sabah Sale which concluded on Sunday saw a good response with about 20,000 visitors during the three-day extravaganza. . Read more “Jumlah keseluruhan subsidi diesel untuk penjanaan elektrik ialah sebanyak RM1.27 bilion yang mana 44 peratus daripada subsidi RM2.89 bilion untuk 2016 sehingga 2021 buat Sabah,” katanya, sambil menambah, penjanaan elektrik menggunakan diesel diketahui mahal dan mencemarkan alam sekitar.
“Sudah tiba masanya untuk beralih kepada projek penjanaan elektrik yang lebih murah dan mesra alam…
“Kerajaan Persekutuan perlu mempercepatkan dan memastikan pengurangan dana serta meluluskan projek Hidroelektrik Padas Atas, Hulu Padas dan Projek Tenaga Hidro Sungai Maligan, bahkan juga projek-projek solar selepas Kerajaan Negeri mengambil alih peraturan elektrik di Sabah,” katanya.
Amisah menegaskan Sabah menerima radiasi solar tertinggi iaitu 1,861 kWj/m2 berbanding negeri-negeri lain di Malaysia.
“Memandangkan radiasi solar agak tinggi, tenaga PV solar dianggap sebagai pilihan RE yang ada untuk negeri ini.
Berdasarkan sebuah kajian oleh Pihak Berkuasa Pembangunan Tenaga Mampan (Seda), Sabah memiliki potensi kapasiti 99.4 GW yang boleh dihasilkan menerusi tenaga solar PV,” katanya.
Amisah menambah, Sabah juga memiliki potensi tinggi dalam penggunakan tenaga-bio daripada sisa produk, terutama daripada aktiviti minyak sawit.
Menurut Seda, katanya biojisim merupakan sumber terbesar tenaga-bio di Sabah dengan potensi kapasiti sekitar 561 MW daripada lebih 26. 2 juta tan biojisim daripada perladangan kelapa sawit.
Katanya, dengan begitu banyak lembah sungai di Sabah, negeri ini boleh memanfaatkan potensi itu dengan menghasilkan tenaga hidro, bersakala kecil mahu pun besar, dengan potensi kapasiti 1.1 GW.
“Untuk geoterma, satu kajian yang diketuai oleh Jabatan Mineral dan Geosains, telah mengenal pasti sumber berpotensi geoterma sekitar 100MW di Tawau,” tambahnya.
Amisah menyokong sepenuhnya penubuhan Suruhanjaya Tenaga Sabah untuk memastikan Kerajaan Negeri sentiasa berada di landasan betul dalam urusan tenaga di negeri ini.
* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.
* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.


