Sabah perkukuh hubungan dengan Arab Saudi, Finland

4 Sep 2026 • 5:03 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

Sabah perkukuh hubungan dengan Arab Saudi, Finland

Kota Kinabalu: Sabah terus memperkukuh hubungan dan kerjasama antarabangsa apabila Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor, menerima kunjungan hormat Duta Besar Kerajaan Arab Saudi ke Malaysia, TYT Osamah Dakhei R Al Ahmadi, di Menara Kinabalu, di sini, Khamis.

Kunjungan itu merupakan pertemuan pertama Osamah dengan Hajiji selepas beliau dilantik sebagai Duta Besar Kerajaan Arab Saudi ke Malaysia dan memulakan tugasnya pada awal tahun ini.

Pertemuan berkenaan memberi ruang kepada kedua-dua pihak bertukar pandangan mengenai kepentingan memperkukuh hubungan sedia ada, selain meneroka bidang kerjasama baharu yang berpotensi menyumbang kepada pembangunan dan kemajuan Sabah.

HAJIJI bersama Anne Vasara semasa kunjungan hormat di Menara Kinabalu.Usaha Sabah memperkukuh hubungan dan kerjasama antarabangsa turut diteruskan menerusi kunjungan hormat Duta Besar Finland ke Malaysia, Puan Yang Terutama (PYT) Anne Vasara, kepada Hajiji di Menara Kinabalu, Rabu lepas.

Dalam pertemuan itu, kedua-dua pihak bertukar pandangan mengenai potensi memperkukuh hubungan dan kerjasama Malaysia-Finland, khususnya dalam bidang yang boleh memberi manfaat kepada Sabah.

Antara bidang yang diberi perhatian ialah pembangunan mampan, teknologi, inovasi dan ekonomi hijau, selaras dengan usaha Sabah memperluas jaringan kerjasama antarabangsa serta menarik pelaburan berkualiti.

Sabah turut mempunyai pengalaman meneroka pendekatan Finland dalam bidang inovasi, kelestarian dan ekonomi kitaran, termasuk menerusi lawatan pembelajaran pegawai kanan Kerajaan Negeri ke Helsinki sebelum ini.

Kedua-dua kunjungan itu mencerminkan komitmen kerajaan negeri untuk terus memperluas hubungan dengan rakan antarabangsa serta mengenal pasti peluang kerjasama strategik yang mampu memberi nilai tambah kepada pembangunan dan kemajuan Sabah.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved