Hajiji terima kunjungan hormat kepimpinan baharu PDRM Sabah

LocalPolitics
2 Sep 2026 • 5:12 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

Hajiji terima kunjungan hormat  kepimpinan baharu PDRM Sabah

Kota Kinabalu: Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor menerima kunjungan hormat Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Jauteh Dikun bersama barisan kepimpinan baharu Kontinjen Polis Diraja Malaysia (PDRM) Sabah di pejabatnya di Menara Kinabalu pada Selasa.

Jauteh berkata kunjungan itu antara lain bertujuan memperkenalkan barisan kepimpinan baharu PDRM Sabah kepada Ketua Menteri, selain memperkukuh hubungan serta kerjasama antara pasukan polis dan Kerajaan Negeri.

Pertemuan itu turut memberi peluang kepada kedua-dua pihak bertukar pandangan mengenai aspek keselamatan dan ketenteraman awam selain isu berkaitan kepentingan Sabah serta rakyatnya.

Hajiji mengalu-alukan kunjungan berkenaan dan berharap hubungan erat serta kerjasama antara Kerajaan Negeri dan PDRM terus diperkukuh bagi memastikan keselamatan serta kesejahteraan rakyat sentiasa terpelihara.

Turut hadir ialah Timbalan Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Mohd Azhar Hamin, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Sabah SAC Mohd Hafiz Yaacob, Ketua Jabatan Logistik dan Teknologi Maklumat Sabah ACP Wong Leong Meng, Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Sabah Supt Yampil Anak Garai serta Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu ACP Shahrudin Mat Husain.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved