Sabah perlu agihan peruntukan pembangunan kesihatan lebih besar 

10 Apr 2023 • 1:57 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

Kota Kinabalu: Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Haji Noor menerima kunjungan hormat daripada Menteri Kesihatan Malaysia, Dr. Zaliha Mustafa di kediaman rasmi Ketua Menteri, Sri Gaya, pada Ahad.

Hajiji diberi taklimat program dan projek pembangunan kesihatan yang telah dan akan dilaksanakan oleh Kementerian Kesihatan di Sabah.

Hajiji mahu Menteri Kesihatan memberi keutamaan kepada Sabah dari segi agihan peruntukan pembangunan dan menaiktaraf fasiliti kesihatan di Sabah.

Katanya, Sabah merupakan antara negeri yang mempunyai jumlah hospital dan klinik kesihatan yang terbanyak di negara ini, dan kebanyakannya dalam keadaan usang dan daif.

“Justeru, Sabah amat memerlukan agihan peruntukan pembangunan yang saksama dan lebih besar berbanding negeri-negeri lain, termasuk untuk pembinaan baharu dan menaik taraf infrastruktur dan fasiliti kesihatan sedia ada di negeri ini”, tegasnya.

Turut hadir Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr.Norhayati Rusli dan Pengarah Kesihatan Negeri, Datuk Dr. Rose Nani Mudin.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.