GRS berusaha ke arah kemakmuran keseluruhan

6 Apr 2023 • 3:54 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

KERAJAAN Negeri pimpinan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) komited untuk membawa kemakmuran kepada semua rakyat di Sabah, kata Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor.

“Kerajaan yang saya pimpin hari ini bekerja keras untuk membawa kemajuan dan pembangunan kepada Negeri dan rakyat,” katanya.

Berucap pada majlis berbuka puasa dan penyampaian sumbangan kepada ibu tunggal dan golongan yang memerlukan di Masjid Jamek di Putatan pada 29 Mac, Hajiji mengulangi pentingnya untuk semua, khususnya umat Islam, mengambil peluang mengeratkan silaturrahim sepanjang bulan Ramadhan. Beliau mengingatkan bahawa perpecahan dan keretakan dalam kalangan rakyat hanya akan menghalang kemajuan dan membantutkan pembangunan yang telah dirancang oleh Kerajaan.

Hajiji kemudiannya menyampaikan sumbangan Ramadan sambil diiringi Timbalan Ketua Menteri III merangkap Menteri Kerja Raya Datuk Ir Shahelmey Yahya yang juga Ahli Parlimen Putatan dan Adun Tanjung Keramat, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Datuk Dr Mohd Arifin Mohd Arif dan Adun Petagas Datuk Awang Ahmad Sah Sahari .

Turut hadir Ketua Majlis Agama Islam Sabah (Muis) Datuk Seri Yahya Hussin dan Menteri Pembangunan Perindustrian dan Usahawan Phoong Jin Zhe.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.