
Kota Kinabalu: Sabah FC tidak boleh lagi tercicir sebarang mata dalam aksi di tempat lawan menentang Penang FC di Stadium City esok (30 Julai).
Ketua jurulatih Datuk Ong Kim Swee berkata tiga mata amat penting untuk pasukan itu kekal di landasan bagi menamatkan saingan di kelompok tiga teratas pada penghujung musim.
“Kami perlu bangkit daripada kekalahan mengecewakan kepada Selangor FC minggu lalu dengan mencapai keputusan positif menentang Penang FC, Ahad ini.
“Untuk kekal di landasan tiga tempat teratas, pemain mesti berada pada tahap terbaik kerana hanya tinggal beberapa perlawanan sebelum musim Liga Super 2023 tamat,” katanya pada Khamis.
SPONSORED CONTENT K.T.I. achieves RM140 million sales Kota Kinabalu: K.T.I. Sdn Bhd’s The Logg, Luyang has launched Easy Care, its brand-new hospitality initiative, which aims to elevate the living experience by providing an all–in-one care to its residents at Shorea n Astoria. Read more Beliau turut mengakui ia mungkin bukan sesuatu yang mudah walaupun lawan mereka berada di kedudukan ke-10 liga.
“Ia mungkin tidak mudah kerana tidak dinafikan Penang FC adalah satu pasukan yang bagus dan mempunyai kekuatan tersendiri dengan pemain import dan pemain tempatan yang berkualiti dalam pasukan.
“Untuk mencapai sasaran kami, kami perlu kekal fokus sepanjang perlawanan bagi memastikan kami dapat mengutip mata maksimum.” Ong turut menolak kemungkinan beberapa pemain utama tidak menyertai skuad berikutan kecederaan yang dialami semasa perlawanan menentang Selangor FC.
“Kita tidak perlu risau kerana masih ada pemain lain yang mampu menggalas tugas mengisi slot mereka yang mengalami kecederaan dan juga penggantungan,” katanya.
Sementara itu, Sabah FC kini berada di tangga kelima dengan 33 mata selepas 18 perlawanan dengan 10 kemenangan, tiga seri dan lima kekalahan.
Mereka hanya ketinggalan satu mata di belakang Kedah FC di tempat ketiga dan keempat serta Sri Pahang FC tetapi bermain lebih satu perlawanan.
Perlawanan seterusnya mereka menentang pendahulu liga Johor Darul Ta’zim FC yang belum tewas pada musim ini pada 9 Ogos di Stadium Likas.
* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.
* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.



