
SANDAKAN: Adun Elopura, Calvin Chong menggesa Kerajaan Negeri mewujudkan Lembaga Minyak Sawit Sabah (SPOB) sebagai medium menghubungkan syarikat kerajaan dan swasta bagi membuka peluang kepada peladang kecil dan peladang asal membangunkan lagi industri peladangan di negeri ini.
“Sabah berhadapan masalah kekurangan tenaga kerja hampir 20 tahun. Sekiranya kerajaan negeri masih lagi bergantung kepada tenaga buruh asing, bagaimana dengan nasib rakyat negeri ini? Lebih baik kerajaan negeri memberi fokus bagi mewujudkan alternatif memajukan industri peladangan dan memanfaatkan peladang tempatan sekali gus meminumkan masalah pengangguran dalam kalangan rakyat tempatan,” tambah Calvin.
Mengenai cukai 7.5 peratus yang dikenakan kepada setiap peladang, Calvin tidak bermaksud untuk membantahnya.

