Sabah rangkul 7 emas di Taiwan

6 May 2023 • 2:45 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

Kota Kinabalu: Pemain badminton Sabah merangkul tujuh emas, dua perak dan enam gangsa pada Kejohanan Badminton World Morning Cup ke-51 yang berlangsung baru-baru ini di Taipei Gymnasium, Taiwan.

Pingat emas disumbangkan oleh Bruni Garip (perseorangan lelaki (MS) -70), Jason Lai (MS-50), Jack Lim (MS-65) Hng Choon Long/Tan Tee How (beregu lelaki (MD)-100), Datuk Anthony C Linggian / Bruni Garip (MD-70), Faisal Sayuati/ Chek Yee Han (MD-40),

Pingat perak pula dimenangi Tan Chen Fal (MS-80). Datuk Raya Erom/Presley Smith dari Amerika Syarikat (beregu campuran (XD-VIP), manakala pemenang pingat gangsa adalah Ong Sin Oong/Anthony Linggian (MD-140), S.M. Lee / Jason Lai (MD- 50), Nazriq Hanafi / Nikram Shazran Sapari (MD-30), Lam Ching / Tan Chan Fal (MD-80), Allan Hiew / Ma Shuep Err (XD-40), Kelvin Loh / Ong Chia Jia (XD-45).

Pemenang pingat itu adalah antara 49 pemain yang mewakili Kelab Badminton Sabah (KK) Malaysia dalam pertandingan empat hari anjuran Persatuan Badminton Senior Taiwan dengan kerjasama Jabatan Sukan Bandaraya Taipei yang telah menarik penyertaan seramai 3,600 peserta.

SPONSORED CONTENT Carlsberg gets inked to celebrate pride of Sabah, Sarawak SHAH ALAM: Carlsberg Smooth Draught returns to celebrate Sabahan and Sarawakian pride for the third consecutive year with artful traditional tattooing designs of six beautiful icons from the Borneo islands. Read more Presiden kelab S.M. Lee mengucapkan tahniah kepada pemain atas kerja keras dan pencapaian mereka walaupun tiga tahun tidak beraksi dalam kancah kejohanan antarabangsa akibat pandemik.

Beliau berharap mereka akan dapat mencapai keputusan yang lebih baik tahun depan dengan persiapan yang lebih panjang.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.

View Original Article