Sabah sasar jadi pengeluar terbesar ayam pedaging

LocalBusiness & Finance
28 Jun 2025 • 10:48 AM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

By: Garry Lewis

TAMBUNAN: Penternakan ayam pedaging kini diangkat sebagai teras utama dalam Revolusi Pertanian Negeri Sabah, selaras dengan usaha memastikan keterjaminan makanan dan meningkatkan pendapatan rakyat, khususnya di kawasan luar bandar.

Timbalan Ketua Menteri merangkap Menteri Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan Sabah, Datuk Seri Dr Jeffrey Kitingan, berkata inisiatif ini merupakan antara strategi utama kerajaan negeri untuk menjadikan Sabah sebagai pengeluar ayam pedaging terbesar di Malaysia.

“Kerajaan melalui kementerian saya kini dalam proses melaksanakan inisiatif Revolusi Pertanian bagi memperkukuh ekonomi luar bandar.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []};googletag.cmd.push(function() {googletag.defineSlot('/22826383987/dailyexpress_inline', [1, 1], 'gpt-passback').addService(googletag.pubads());googletag.enableServices();googletag.display('gpt-passback');});“Salah satu fokus utama ialah meningkatkan pengeluaran ayam pedaging. Justeru, hari ini kita mengadakan kursus penternakan dengan kerjasama Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) dan sektor swasta bagi memberikan latihan kepada peserta agar pengeluaran ayam lebih sistematik, produktif serta mendapat bantuan teknikal termasuk penyediaan kandang dan anak ayam,” katanya selepas merasmikan Kursus Penternakan Ayam Pedaging di sini.

Kursus itu dihadiri hampir 200 peserta dari kawasan pedalaman dan dianjurkan oleh syarikat penternakan swasta dengan kerjasama JPV Sabah.

Menurut Jeffrey, penglibatan golongan belia dan usahawan tani dalam bidang ini sangat digalakkan bagi memastikan sektor penternakan ayam pedaging dapat dikembangkan secara intensif dan berskala komersial.

“Dengan sokongan berterusan daripada agensi berkaitan, saya yakin penternakan ayam pedaging mampu menjadi pemacu utama kepada keselamatan makanan Sabah, seterusnya menyumbang kepada pembangunan ekonomi luar bandar negeri ini.”

Tambahnya, kerajaan negeri terus komited untuk memperkukuh sektor pertanian melalui pelbagai bantuan dan program latihan, agar Sabah dapat mencapai sasaran sebagai hab utama pengeluaran ayam pedaging negara pada masa akan datang.

Pada majlis sama, Jeffrey turut menyampaikan dana berjumlah RM10,000 kepada Kontinjen Majlis Sukan Sekolah Daerah (MSSD) Tambunan, yang bakal menjadi tuan rumah Kejohanan Majlis Sukan Sekolah-Sekolah (MSSS) peringkat negeri pada 29 Jun ini.