Sabah sasar kurangkan 70% miskin tegar

1 Feb 2024 • 1:21 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

KERAJAAN Negeri menyasarkan untuk mengurangkan kadar kemiskinan tegar di negeri ini sebanyak 70 hingga 80 peratus menjelang tahun depan, kata Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor.

Beliau berkata ini diharapkan dapat dicapai melalui pelbagai inisiatif kerajaan.

“Pertama, Kerajaan akan menyediakan pekerjaan kepada golongan muda daripada keluarga miskin tegar dalam agensi kerajaan, syarikat pelaburan dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC),” katanya pada majlis penyerahan surat penyertaan agensi pemberi bantuan untuk membasmi kemiskinan tegar di Shangri -La Rasa Ria di Tuaran pada 25 Jan.

“Kita meminta entiti yang mengambil bahagian ini untuk memastikan golongan miskin tegar diberi peluang pekerjaan.

SPONSORED CONTENT Mengalum for world’s first net ­zero carbon island resort Taiwan’s Sinyi Group is on track to unveil the world’s first unique net zero carbon island resort on Mengalum Island. . Read more “Sekretariat SMJ menyelaraskan nama golongan miskin tegar yang kemudiannya diserahkan kepada syarikat dan agensi kerajaan,” kata Ketua Menteri.

Hajiji berkata bagi kelompok tidak produktif, seperti warga emas, terdapat inisiatif lain, seperti bantuan modal untuk memulakan perniagaan dan bantuan tunai.

Berdasarkan rekod, jumlah penduduk miskin tegar di Sabah ialah 22,510 ketua isi rumah (KIR), membabitkan 101,113 ahli isi rumah (AIR).

Hajiji berkata Sekretariat SMJ yang diketuai oleh Datuk Rosmadi Datu Sulai telah ditugaskan bagi menyelaraskan inisiatif kerajaan untuk membasmi kemiskinan.

Sistem Papan Pemuka Pemprofilan MySMJ dibangunkan bagi menyimpan dan menganalisis data dan bantuan padanan untuk pemprofilan KIR dan AIR berdasarkan data primer di bawah sistem eKasih.

Bagi projek perintis di Tuaran, 1,054 ketua isi rumah disasarkan. Ia bermula pada 15 Nov tahun lepas dan 974 keluarga berjaya diprofilkan. Data direkodkan dalam Papan Pemuka Profil MySMJ. Penilaian silang juga dijalankan untuk pengesahan data dengan Unit Sosial Sinergi Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) untuk pemadanan bantuan.

Data yang dikumpul dianalisis bagi menentukan intervensi bersesuaian.

Berdasarkan pemadanan bantuan yang dikenal pasti, 1,848 jenis bantuan diperlukan untuk membasmi kemiskinan tegar di daerah ini – 681 bantuan pekerjaan, 377 bantuan rumah, 416 bantuan pendidikan, 112 bantuan keusahawanan dan 263 bantuan kebajikan.

Bantuan ini membabitkan pelbagai agensi kerajaan, syarikat swasta dan pemain industri.

Bagi tujuan ini, 27 agensi pemberi bantuan menerima surat penyertaan, terdiri daripada 10 kementerian negeri, sembilan agensi negeri, tujuh agensi persekutuan dan satu pemain industri.

Hajiji berkata menjadi keutamaan bagi golongan muda daripada keluarga miskin tegar untuk diambil bekerja oleh agensi, syarikat dan kilang.

“Pelabur yang datang ke Sabah harus mengambil golongan muda daripada senarai e-Kasih,” katanya.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.