Hari Sabah bukti semangat kebangsaan, rakyat tidak iktiraf tuntutan luar

LocalPolitics
31 Aug 2024 • 10:54 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

By: Sabah Publishing House Sdn Bhd

Kota Kinabalu: Sambutan Hari Sabah adalah bukti semangat kebangsaan orang Sabah untuk mendapat kebebasan dari penjajah sekaligus tidak mengiktiraf sebarang tuntutan luar ke atas negeri ini, kata Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor.

Beliau berkata kedaulatan Sabah dalam Persekutuan Malaysia tidak boleh dipersoalkan pagi kerana rakyat negeri ini telah memilih untuk bersama-sama membentuk negara Malaysia.

“Hari Sabah yang diraikan bersama-sama Hari Kebangsaan pada 31 Ogos adalah hari yang sangat bersejarah. Ia adalah bukti semangat patriotisme orang Sabah untuk mendapat kebebasan daripada penjajah kerana Sabah adalah sebahagian daripada Negara Malaysia.

“Masa depan Sabah terletak di tangan kita, oleh itu marilah kita bersama-sama terutama sekali generasi muda untuk menggembleng tenaga, berganding bahu, berusaha sebaik mungkin memastikan negeri ini terus maju dan makmur serta rakyat kekal bersatu padu.

SPONSORED CONTENT Hajiji says young business professionals' inputs needed to develop Sabah Kota Kinabalu: Chief Minister Datuk Seri Hajiji Noor said he welcomed inputs from young business professionals to assist in policy formulation. Read more “Kerajaan akan terus berusaha untuk meningkatkan taraf hidup rakyat, memperkukuhkan sistem pendidikan, membangunkan infrastruktur yang lebih baik dan memastikan pembangunan yang seimbang di seluruh negeri,” katanya sempena Sambutan Hari Sabah 2024 di Padang Merdeka, di sini, pada Sabtu.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.