SIPITANG - Pelaksanaan projek grid tenaga elektrik Sabah Southern Madani Link (SSML) membuktikan komitmen kerajaan Persekutuan dalam memastikan agenda pembangunan dan kemudahan asas dapat dinikmati rakyat di kawasan pedalaman Sabah.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, projek itu selaras dengan dasar Malaysia Madani yang menekankan pembangunan adil dan saksama, tanpa memfokuskan kemajuan hanya di kawasan bandar utama.
Beliau berkata, pembangunan sebenar tidak akan memberi kesan menyeluruh sekiranya kemudahan asas masih gagal sampai ke kawasan terpencil, khususnya di pedalaman Sabah.
"Sebab itu saya terkesan dan mahu memastikan pembangunan itu merata di seluruh pelusuk negeri termasuk di kawasan pedalaman, (ini) yang membezakan pendekatan kita dengan setengah negara luar iaitu pembangunan hanya tertumpu di kota besar sahaja," katanya ketika berucap merasmikan majlis pecah tanah projek SSML di sini.
Turut hadir, Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor; Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Armizan Mohd Ali dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Sabah dan Sarawak), Datuk Mustapha Sakmud.
AKAN MENYUSUL






