‘Sabah tak kisah siapa PM, asalkan hak dikembali’

LocalPolitics
23 Oct 2022 • 12:53 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

Tenom: Rakyat Sabah mempunyai kuasa untuk memusnahkan politik pecah-dan-perintah yang mereka deritai selama beberapa dekad.

Presiden Parti Solidariti Tanahairku (StarSabah) Datuk Seri Dr Jeffrey Kitingan berkata, ini kerana Sabah telah memasuki era politik yang hebat di bawah Gabungan Rakyat Sabah (GRS), yang telah membawa kepada perpaduan kukuh.

Jeffrey berkata, pemimpin GRS sudah serik dengan situasi rakyat Sabah dipecah dan diperintah oleh kuasa persekutuan dan memutuskan masanya sudah tiba untuk bersama-sama menjadikan Sabah dan rakyat Sabah sebagai kuasa yang disegani.