Sabah tambah empat emas

22 Sep 2022 • 1:23 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

Kota Kinabalu: Sabah menambah empat lagi pingat emas pada Sukan Malaysia (Sukma) ke-20 di Kuala Lumpur pada Rabu.

Mereka sudah mengumpul 23 emas setakat ini tetapi masih kurang daripada sasaran 40 emas mereka ketika saingan berbaki tiga hari.

Emas pertama disampaikan oleh atlet angkat berat kebangsaan Elly Cassandra Engelbert dalam kategori 55kg wanita pada sebelah pagi.

Jumlah angkatan kemenangannya 169kg daripada 76kg dalam snatch dan 93kg dalam clean and jerk jauh mengatasi pemenang tempat kedua Marthini Chan dari Sarawak yang hanya berjaya melakukan angkatan 152kg (67kg dalam snatch, 85kg dalam clean and jerk).

Atlet berumur 22 tahun dari Papar itu gembira memenangi emas dalam penampilan keempat dan terakhirnya, dan ia juga merupakan emas pertama daripada pasukan angkat berat dalam saingan itu selepepas kekalahan mengejut Nilcy Tunik dalam kategori 49kg sehari sebelum itu.

“Saya memenangi emas pertama saya di Ipoh empat tahun lalu dan saya gembira dapat mempertahankan gelaran pada penampilan terakhir saya di Sukma,” katanya selepas kemenangan itu. ELLY gembira dengan kemenangan pada penampilan terakhirnya di Sukma.

Dia juga menjelaskan bahawa atlet-atlet tidak harus terlibat dengan bahan terlarang selepas tiga atlet angkat berat dari kejohanan itu sebelum ini diuji positif doping.

Dia menegaskan bahawa kejayaan hanya boleh dicapai dengan kerja keras dan disiplin yang ketat serta sokongan daripada semua pihak, dan tidak ada sebarang jalan pintas.

Emas kedua Sabah dimenangi oleh atlet muaythai Vireen Teo dalam kategori 45-48kg wanita selepas menewaskan Nur Aleysha Mohd Alawi dari Wilayah Persekutuan di final.

Gabriel Gilbert Daim kemudian memenangi emas keduanya dalam acara terjun dengan memenangi gelaran 3m papan anjal individu lelaki dengan skor 390.30 mata.

Kejutan hadir lewat buat kontinjen pada sebelah petang apabila trio Azleysyam Azini, Muhd Syukri Fadel dan Khairul Daniel Elffy memenangi acara bertiga Petanque.

Sabah turut memperbaiki jumlah kutipan pingat mereka dengan tambahan lima lagi perak dan tiga gangsa.

Perak datang dari acara renang menerusi Chu Xin Ying dalam 800m gaya bebas wanita dan Loo Yie Bing dalam 50m kuak dada wanita; Bibi Qeesha Mohd Faizal, Nascar Chong Na Jia, Nur Hafizah Zailan, Zeti Irdina Zainal dan Mohd Syahieradham Raiman dalam acara berpasukan campuran Optimis; dan Shah Aryan Shahzam dan Kenny Jafli masing-masing dalam kategori 48-51kg dan 67-71kg muaythai lelaki.

Pemenang gangsa terdiri daripada atlet memanah Adriel Gabriel Liew dalam acara olympic compound individu lelaki, Kevdylan Wong dalam angkat berat 67kg lelaki, serta pasukan renang 4 x 100 gaya bebas wanita dibarisi Thien Oi Yee, Yipp Chi Tong, Chu Xin Ying Loo Yie Bing.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.