Sabah tempat ketiga ‘Sanda King’

26 Mar 2025 • 5:06 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

By: Mardinah Jikur

Kota Kinabalu: Persatuan Wushu Negeri Sabah merangkul tempat ketiga dalam Kejohanan ‘Sanda King’ Terbuka Malaysia ke-2 yang berlangsung di Dewan Sukan Chinwoo di Negeri Sembilan dari 20 hingga 23 Mac.

Pasukan negeri memenangi tiga emas, lima perak dan satu pingat gangsa untuk menamatkan saingan di belakang juara Persatuan Wushu Negeri Johor dan naib juara Persatuan Wushu Gabungan Selangor.

13 pasukan mengambil bahagian dalam kejohanan empat hari itu untuk memburu Trofi Gan Kong Lee.

Majlis perasmian disempurnakan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Lobak, Chew Seh Yong.

Presiden Persatuan Wushu Negeri Sabah, Datuk Chin Kim Hiung melahirkan rasa bangga dengan pencapaian atlet Sabah pada kejohanan itu.

“Tahniah kepada pasukan Wushu Negeri Sabah atas pencapaian mereka, dan juga kepada penganjur kerana berjaya menganjurkan acara tersebut dengan baik, termasuk layanan yang sangat baik yang diberikan kepada para atlet,” kata Chin, yang juga Timbalan Presiden Wushu Malaysia.

“Terima kasih kepada Majlis Sukan Negeri (MSN) Sabah dan semua pihak yang telah menyokong dan memberi semangat kepada pasukan Wushu Sabah,” tambahnya.

Pingat emas disumbangkan oleh Emmaryllyne Chiara Wilfried dalam kategori 48kg peringkat umur 12-14, Rylan Tan Jin Yi (52kg, 15-17 tahun) dan Fyenlly Himon (52kg, 18 tahun ke atas).

Perak diraih oleh Brandon Kyle Bernard Adrian (34kg, 9-11 tahun), Alston Noah Allson Mc’oniel (36kg, 9-11 tahun), Dellvy Tan Khai Yee (42kg, 12-14 tahun), Dexter Tan Khai Qi (52kg, 15-17 tahun) dan Amirah Sofea Azlan (52, 18 tahun ke atas sambil pingat gangsa tunggal diperolehi menerusi Crystal Annabelle Rayner (42kg, 12-14 tahun).