Sabah terus perkasa pendidikan berkualiti

21 Jul 2025 • 1:21 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

By: Sabah Publishing House Sdn Bhd

Kota Kinabalu: Kerajaan Sabah terus memperkukuh usaha memperkasa pendidikan berkualiti melalui pelbagai inisiatif berterusan.

Penyampaian Anugerah Biasiswa Cemerlang Negeri Sabah (ABCNS), Biasiswa Kerajaan Negeri Sabah (BKNS) dan Anugerah Cemerlang Majlis Ugama Islam Sabah kepada pelajar Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Sijil Tinggi Pesekolahan Malaysia (STPM) dan Sijil Tinggi Agama Malaysia (Stam) yang cemerlang merupakan antara inisiatif serta pengiktirafan tertinggi kerajaan negeri dalam bidang pendidikan di negeri ini.

Penyampaian ABCNS siri ke-36 tahun ini dianjurkan secara bersama oleh Kumpulan Yayasan Sabah, Jabatan Perkhidmatan Awam Negeri Sabah (Jpans) dan Majlis Ugama Islam Sabah (Muis) sebagai inisiatif bersepadu untuk memperluas capaian dan pengiktirafan kepada pelajar cemerlang daripada pelbagai aliran pendidikan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []};googletag.cmd.push(function() {googletag.defineSlot('/22826383987/dailyexpress_inline', [1, 1], 'gpt-passback').addService(googletag.pubads());googletag.enableServices();googletag.display('gpt-passback');});Majlis berprestij yang bakal disempurnakan Ketua Menteri Sabah merangkap Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Sabah Datuk Seri Hajiji Noor pada 21 Julai depan bertempat di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC) itu meraikan seramai 40 pelajar cemerlang SPM yang akan menerima ABCNS tajaan Kumpulan Yayasan Sabah selain 50 orang pelajar STPM dan 10 orang pelajar yang melanjutkan pelajaran ke luar negara akan menerima BKNS tajaan Jpans manakala 17 orang pelajar Stam bakal menerima Anugerah Cemerlang Majlis Ugama Islam Sabah sebagai pengiktirafan terhadap kecemerlangan akademik masing-masing.

Pengarah Yayasan Sabah Datuk Seri Ghulam Haidar @ Yusof Khan Bahadar berkata anugerah terbabit bukan sekadar ganjaran atas pencapaian akademik pelajar malah Inisiatif berkenaan adalah pemangkin untuk melahirkan generasi muda yang bukan sahaja cemerlang dalam pelajaran tetapi berdaya saing, berjiwa kepimpinan dan bersedia menggalas tanggungjawab membangunkan negeri.

“Kami percaya bahawa generasi akan datang aset terbesar negara. Masa hadapan negeri Sabah bergantung kepada keupayaan kita membentuk anak muda yang berilmu, berdaya tahan dan beretika.

“Oleh itu kita perlu menyalurkan usaha ke arah melengkapkan kumpulan ini dengan pengetahuan dan kemahiran penting untuk mewujudkan generasi masa hadapan yang seimbang untuk mengekalkan kemajuan dan kemakmuran yang kita nikmati hari ini, ,” katanya.

“Kepada semua penerima anugerah jadikan pencapaian ini sebagai titik mula kecemerlangan. Kecemerlangan bukan hanya diukur pada anugerah yang diterima tetapi pada usaha berterusan untuk berkembang dan menyumbang.

“Walaupun kita telah merai kejayaan namun penting untuk diingat kejayaan lampau tidak menjamin kejayaan masa hadapan. Kekalkan ketekunan dan sentiasa proaktif demi kejayaan berterusan,” katanya.

Mengulas lanjut Ghulam menyatakan inisiatif-inisiatif pendidikan seperti ini wajar terus diperkasakan dan diperluaskan oleh Kerajaan Negeri Sabah melalui Kumpulan Yayasan Sabah, Jpans dan Muis dalam membangunkan negeri khususnya dalam aspek pendidikan sebagai tonggak utama pembangunan negeri Sabah.