
Kota Kinabalu: Kerajaan Negeri tidak akan melaksanakan hukuman sebat di khalayak ramai seperti yang dilaksanakan di Terengganu baru-baru ini sebaliknya kekal dengan hukuman sedia ada terhadap kesalahan ‘Takzir’.
Exco Agama Islam, Datuk Dr Ariffin Arif berkata, kenyataan Mufti Negeri Sabah, Datuk Bungsu @Aziz Jaafar mengenai sokongan terhadap hukuman sebat di khalayak ramai itu adalah pendapat peribadi beliau.
AdvertisementKatanya, kenyataan itu juga tidak mewakili pendirian kerajaan negeri yang tetap berpegang kepada prinsip “Fiqh Sabahi” yang juga telah diperkenalkan Bungsu iaitu fiqh kebijaksanaan dan hikmah dalam pergaulan. Dr Ariffin
Menurutnya, “Fiqh Sabahi” juga merangkumi jalinan hubungan dan bermasyarakat serta menjalankan nilai dakwah dan syiar Islamiah berdasarkan kehidupan pelbagai kaum dan agama di Sabah.
SPONSORED CONTENT How Spritzer’s silica rich natural mineral water makes your skin healthier When it comes to skincare, the first thought on our minds would be beauty products such as serums, creams, and masks. However, beauty experts and even researchers have stated that drinking more water can be just as crucial for your skin's health. Read more “Merujuk kepada kenyataan beliau di akhbar tempatan pada 3 Januari 2025, baru-baru ini, bertajuk ‘Mufti Sabah sokong hukum sebat di khalayak ramai’ yang antara lain memetik beliau turut menyokong pelaksanaan hukuman itu kerana mengikut syariat Islam.
“Kita ingin memaklumkan bahawa kenyataan SS Datuk Ustaz Haji Bungsu itu merupakan pendapat serta pandangan peribadi beliau, dan sama sekali tidak mewakili pendirian Kerajaan Negeri.
Advertisement (adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});“Saya ingin tegaskan bahawa kerajaan negeri menerusi pihak berkuasa agama akan kekal dengan hukuman sedia ada terhadap kesalahan ‘Takzir’, yang merupakan hukuman dijatuhkan atas kesalahan yang tidak dinyatakan bentuknya oleh syarak.
“Ini kerana Sabah adalah negeri yang unik, terdiri daripada berbilang kaum dan agama, serta keharmonian agama, toleransi dan persefahaman menjadi teras rakyat Sabah hidup secara aman dan harmoni,” katanya dalam satu kenyataan, di sini, Isnin.
Advertisement (adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});Sehubungan itu, Ariffin yang juga Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi berkata, kerajaan negeri berharap isu itu tidak terus dipolitikkan atau menjadi bahan perdebatan oleh mana-mana pihak sehingga menimbulkan suasana yang kurang harmoni.
Jumaat lalu, Bungsu berkata pelaksanaan hukuman sebat di khalayak ramai adalah wajar dan menepati prinsip takzir dalam undang-undang Syariah.
Beliau berkata pelaksanaan hukuman ini sesuai dengan kehendak syarak supaya pelaksanaan hukuman ini memberi pengajaran kepada orang lain.
“Itu pun tidaklah secara terbuka sangat. Ia terpilih (kehadiran orang ramai) dengan syarat-syarat ketat seperti tidak boleh dirakam atau diviralkan dan hanya dihadiri individu tertentu.
“Setiap negeri mempunyai pendekatan tersendiri. Jika ada negeri yang tidak bersetuju, ia di luar bidang kuasa mereka untuk membatalkan ijtihad negeri lain,” katanya.
Bungsu turut memaklumkan hukuman sama pernah dilaksanakan di Tawau pada 2017.


