Maritim, Esscom kenal pasti kawasan titik panas

7 Jan 2025 • 2:36 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

By: Azmie Lim

LAHAD DATU: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) telah menjalankan tinjauan bersama pihak Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (Esscom), bagi mengenal pasti kawasan titik panas di perairan Felda Sahabat dan Kunak, baru-baru ini.

Pengarah Zon Maritim Lahad Datu, Komander Maritim Dzulfikhar Ali, berkata tinjauan itu dilakukan bersama Ketua Staf Bahagian Operasi Laut Esscom, Laksamana Pertama Maritim Abd Razak Mohamed.

AdvertisementKatanya, tinjauan dua hari itu dijalankan bagi memantau kawasan titik panas, serta menilai kesediaan aset Maritim dalam sektor operasi.

“Hasil tinjauan mendapati tiada kejadian mencurigakan dan bot nelayan dilihat melakukan aktiviti menangkap ikan,” katanya dalam satu kenyataan.

SPONSORED CONTENT How Spritzer’s silica rich natural mineral water makes your skin healthier When it comes to skincare, the first thought on our minds would be beauty products such as serums, creams, and masks. However, beauty experts and even researchers have stated that drinking more water can be just as crucial for your skin's health. Read more Untuk rekod, sebanyak 9,321 pemeriksaan kapal dijalankan pada 2024 dengan hampir 12,000 orang diperiksa dalam tempoh sama.

Maritim Malaysia Lahad Datu turut melaksanakan 88 rundingan keselamatan (SAR Preventive) di perairan serta agensi kerajaan dan bukan kerajaan.

Advertisement (adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});Maritim Malaysia sentiasa meningkatkan kawalan dan kesiapsiagaan di laut dan tidak akan bertolak ansur terhadap pelanggaran undang-undang di Zon Maritim Malaysia.

Maritim Malaysia juga akan meneruskan rondaan dan pemantauan di perairan negara.

Advertisement (adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});Orang ramai boleh menghubungi Pusat Operasi Maritim Lahad Datu melalui WhatsApp pada talian 016-9305727 atau 999 untuk melaporkan aktiviti berkaitan maritim mencurigakan.