“Sabar la aku baru lepas gugur” – Zulin Aziz Terkilan Orang Sibuk Tanya Pasal Anak

Entertainment
28 Sep 2022 • 11:53 AM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Sama seperti pasangan lain yang baru mendirikan rumah tangga, Zulin Aziz yang belum genap setahun usia perkahwinannya telah diasak dengan soalan yang memberikan terkenan iaitu berkenaan dengan perihal anak.

Zulin menerusi TikToknya menzahirkan rasa bengang terhadap mana-mana pihak yang sibuk tanya bila dia akan menimang cahaya mata.

 

Aku baru lepas gugur – Zulin Aziz

Luahan rasa terkilan itu dibuat ketika Zulin membuat sesi live di TikTok dan dikongsikan semula rakaman video itu oleh @ciknajihah.

Dalam pada itu, pelakon dan pengacara ini turut mendedahkan bahawa dirinya sebenarnya baru sahaja mengalami keguguran dan secara tidak langsung ia mungkin dah menambah lagi tekanan kepadanya.

“Saya baru lepas gugur orang tanya saya bila saya nak ada baby, kau rasa macam nak penampar tak orang tu? Aku baru lepas gugur, kau nak tanya aku bila nak ada baby, sabarlah.”

Zulin menyatakan bahawa dia baru sahaja mengalami keguguran bulan lepas, oleh itu, Zulin menyatakan bahawa soalan sebegitu sebenarnya adalah soalan yang agak sensitif biarpun orang yang tanya itu tidak tahu apa-apa.

“Elak! So kau tak ada common sense tau kalau tanya soalan, macam lah masa kau single pun orang tanya bila nak kahwin.”

Untuk rujukan, Zulin telah berkahwin dengan rakan perniagaannya Farhan Norzaini dengan sekali lafaz pada 20 Februari lalu.

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.