“Sabar… Sabar…” – Baru Lepas Buat Majlis Akikah, Bapa Berlari Masuk Rumah Meratapi Pemergian Bayi

14 Nov 2022 • 3:43 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Setiap ibu bapa pasti mahu melihat anak mereka membesar di depan mata dan dapat menyaksikan setiap perkembangan dari kecil sampai besar.

Namun, kematian itu di tangan Allah dan setiap yang berlaku adalah ketentuanNya, pasti ada hikmah di sebalik setiap kejadian yang menimpa.

Sepasang suami isteri diuji dengan pemergian anak kecil mereka dan video menunjukkan lelaki itu meraung di sisi jenazah bayinya mengundang sebak warganet.

Menerusi rakaman tersebut, lelaki tersebut dilihat berlari dari luar rumah dan terus menerpa ke arah bayi itu yang berada di atas riba neneknya.

Dia dilihat meraung dan menangis meratapi pemergian anak kecilnya sambil cuba ditenangkan oleh orang lain yang berada di dalam rumah dipercayai ahli keluarga.

Kehilangan anak itu sudah semestinya menyedihkan apatah lagi bagi pasangan ini apabila bayi mereka meninggal dunia selepas mereka baru sahaja mengadakan majlis akikah untuknya.

Kejadian tersebut berlaku di Indonesia dan kanak-kanak itu maut selepas dikatakan kesihatannya merosot akibat demam dan batuk yang berterusan.

image is not available

Rakaman itu mengundang rasa sebak ramai warganet dan rata-ratanya mengucapkan takziah kepada pasangan berkenaan di atas pemergian bayi mereka.

Ramai yang turut berkongsikan pengalaman mereka kehilangan anak tercinta dan mengakui perasaan itu lebih perit daripada kesakitan dilalui ketika dijahit selepas melahirkan.

image is not availableimage is not available

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

image is not available 1 hari lalu

“Ayah Minta Maaf Nak.." - (VIDEO) Lelaki Meraung Hilang Isteri, Anak & Ibu Bapa Lepas ‘Accident’ Undang Sebak