“Sabar, Sabar Dan Sabar” – PU Abu Semakin Bahagia, Kongsi Tips Poligami

Family & Parenting
22 Jun 2023 • 2:18 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

Pendakwah bebas PU Abu kini semakin bahagia berpoligami bersama dua orang isteri tercinta selepas dikaitkan dengan kontroversi mengenai rumah tangganya.

Sebelum ini, keputusan Hana Azraa iaitu usahawan kosmetik dan juga isteri kedua PU Abu memilih untuk merujuk semula dengan suami sejak bulan Ramadhan.

Menurut PU Abu, dia memaklumkan dirinya kini semakin bahagia kerana dapat hidup bersama dengan kedua-dua isteri tercinta.

image is not available

Malah, pendakwah bebas itu juga bersyukur dan bangga kerana mampu menyara kelima-lima anaknya yang sudah berusia antara empat bulan hingga tujuh tahun.

Saya ada dua isteri sekarang. Isteri pertama sudah lama saya rujuk semula. Isteri pertama, Ain Afini, manakala isteri kedua ialah Hana Azraa.

Sementara itu, PU Abu turut menyatakan dia belum berkesempatan untuk beraya bersama kedua-dua isterinya kerana kesibukan bekerja di tanah suci.

image is not available

Dalam pada itu, apabila ditanyakan mengenai tips berpoligami PU Abu berkata kesabaran adalah kunci utama kebahagian dalam keluarga, lebih-lebih lagi buat suami yang merupakan penghulu dalam memimpin rumah tangga.

Lelaki tahap kesabarannya perlu tinggi. Sabar, sabar dan sabar. Perkahwinan adalah soal suami dan isteri dalam membentuk keluarga bahagia.

Tambahan, pendakwah bebas itu juga memohon doa daripada orang ramai supaya rumah tangganya sentiasa bahagia dan dijauhkan daripada kontroversi.

Kredit: Utusan

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.