'Sabar saudara KJ' - Zahid

Politics
24 Nov 2022 • 12:31 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Khairy (kiri) dan Ahmad Zahid

SHAH ALAM - Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi meminta bekas Ketua Pemuda, Khairy Jamaluddin Abu Bakar untuk bersabar kerana pemilihan parti itu bakal berlangsung tidak sampai enam bulan lagi.

Menerusi komen balas pada hantaran Khairy pada Rabu, Ahmad Zahid menyatakan individu dalam parti itu boleh bertanding bagi mana-mana jawatan.

"Sabar saudara KJ. Tunggu pemilihan (UMNO) tak sampai enam bulan pun.

"Seluruh perwakilan akar umbi UMNO juga sudah tidak sabar mahu mengundi calon pilihan mereka," katanya pada Rabu.

Khairy pada Selasa dalam satu hantaran di Facebook menempelak beberapa pihak yang mempersoalkan mengapa beliau bertindak mengkritik Ahmad Zahid.

Bekas Ahli Parlimen Rembau itu mengingatkan semula bahawa sejak 2018 lagi, beliau menentang Ahmad Zahid dalam perebutan jawatan nombor satu UMNO.



Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved