Sabronzo bimbing suami mualaf dalami Islam, syukur ditemukan lelaki penyayang

LocalEntertainment
7 Nov 2025 • 10:23 AM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Penyanyi kumpulan Dolla, Sabronzo bimbing suaminya, Ryan Fieret, atau lebih dikenali sebagai Dash Berlin yang baru sahaja memeluk Islam untuk mendalami ajaran agama.

Menurut laporan Berita Harian, Sabronzo atau nama sebenarnya Wan Sabrina Wan Rusli, 30, turut mengakui kehidupannya lebih baik semenjak mendirikan rumah tangga tanpa tekanan mana-mana pihak.

Sabronzo bimbing

image is not available

“Alhamdulillah, apa yang boleh saya katakan sekarang, semuanya berjalan dengan baik dan lancar.
“Ini hal peribadi, jadi saya tak mahu memberi tekanan kepada sesiapa. Agama lama suami pun mengajar tentang keamanan dan ketenangan.
“Yang penting, saya berusaha membimbingnya tentang Islam. Selagi kehidupan kami dipenuhi dengan kebaikan dan cinta, insya-Allah semuanya baik-baik saja,” katanya.

Artikel lain: Tiz Zaqyah umum kahwin tahun depan, pilih rakan setaman – “Kenal sejak kecil..”

Sabronzo bimbing

image is not available image is not available

Sementara itu, dia turut memaklumkan tiada banyak perubahan berlaku sejak bergelar isteri selain bersyukur apabila memiliki pasangan yang sentiasa menyokong kerjayanya.

“Alhamdulillah, selepas berkahwin saya baik-baik saja. Saya gembira kerana ditemukan dengan lelaki yang sangat baik dan penyayang.
“Nak kata banyak beza sebelum dan selepas kahwin, tak juga… Kami masing-masing masih fokus dengan kerjaya.
“Cuma sekarang, bila balik kerja, saya ada teman untuk berbual. Itu pun sudah cukup membahagiakan,” ujarnya.

image is not available

Terdahulu, Sabronzo mengesahkan sudah bernikah dengan jejaka pilihannya, Ryan dalam sebuah majlis perkahwinan di Bali yang hanya dihadiri oleh keluarga dan rakan terdekat pada 29 September lalu.

Sumber: Berita Harian (A’qilah Riduan)