Selangor peruntuk RM4 juta perluas rangkaian gentian optik

LocalBusiness & Finance
13 Nov 2026 • 5:18 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

Selangor peruntuk RM4 juta perluas rangkaian gentian optik

SHAH ALAM, 13 NOV: Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) atau MBI berhasrat meneruskan pengukuhan usaha melengkapkan rangkaian gentian optik menerusi Pelan Induk Rangkaian Gentian Optik, tahun depan.

Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari berkata rangkaian gentik optik sepanjang 889 kilometer (km) di seluruh Selangor itu akan dilaksanakan menerusi peruntukan RM4 juta.

“Strategi ini dapat menyediakan koridor digital sebagai sumber hasil negeri setinggi RM196 juta dalam tempoh lima tahun, di samping meningkatkan rangkaian keterhubungan digital di seluruh negeri,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika membentangkan Belanjawan Selangor 2027 dengan tema 'Negeri Progresif, Institusi Dijunjung, Rakyat Disantuni' di Dewan Negeri Selangor (DNS) di sini, hari ini.

Disember tahun lalu, Kerajaan Negeri memulakan fasa pertama pembangunan rangkaian gentian optik berkelajuan tinggi yang bermula di Cyberjaya dengan jajaran sepanjang 40 kilometer.

Amirudin dilapor berkata, ia merupakan langkah awal membina tulang belakang digital negeri sepanjang 889 kilometer bagi menyokong pusat data, kesalinghubungan Internet berkelajuan tinggi serta pertumbuhan digital masa depan.

Menurutnya, Projek Fiberisasi-Cyberjaya itu merupakan pelaksanaan awal Masterplan Selangor Dark Fiber Network dibawah Belanjawan Selangor 2026.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved