Sadiq Dedah Punca Penceraian Bapa, M.Jamil Kini Mahu Cari Pasangan Baharu - “Kami Tak Halang Tetapi…”

11 Nov 2026 • 12:36 PM MYT
Gempak
Gempak

Portal Hiburan No.1 Malaysia!

Sadiq Dedah Punca Penceraian Bapa, M.Jamil Kini Mahu Cari Pasangan Baharu - “Kami Tak Halang Tetapi…”

Pelakon, Sadiq M. Jalil mendedahkan bahawa penceraian bapanya, pelakon M. Jamil bersama isterinya, Shahrila Markom berpunca daripada masalah tiada persefahaman.Menurut Sadiq, bapanya pada awalnya telah berusaha untuk menyelamatkan rumah tangga mereka.Bagaimanapun, menurutnya, hubungan tersebut tidak dapat dipertahankan dan kedua-duanya akhirnya bersetuju untuk berpisah.“Kalau boleh, saya nak cerita benda baik mengenai keluarga. Mereka berpisah kerana tak sefahaman.“Mulanya, ayah saya cuba nak selamatkan perkahwinan itu tetapi itulah, kita tak boleh paksa. Akhirnya, mereka dah sepakat dan merasakan penceraian adalah jalan yang terbaik,” katanya kepada Gempak.Sadiq berkata demikian ketika ditemui pada sidang media filem Kacau di TGV KLCC pada Selasa.Dalam pada itu, Sadiq turut berkongsi bahawa bapanya ada menyimpan hasrat untuk mencari pasangan hidup baharu.Meskipun dia dan adik-beradik tidak menghalang hasrat tersebut, namun mereka berharap agar bapanya memberi keutamaan kepada kesihatan terlebih dahulu.“Dia ada sebut nak ada pasangan baharu. Kami, anak-anak tak pernah halang tetapi kalau boleh kami mahu dia fokus pada kesihatan dulu.“Selepas itu, kalau nak cari baharu ke apa, kami akan sentiasa sokong dan hormat keputusannya,” ujarnya.Mengulas mengenai hubungan keluarga, Sadiq memberitahu bahawa hubungan mereka bersama ibu masih baik dan masing-masing tidak mahu bermusuhan.“Alhamdulillah, bapa dan mak dah berdamai. Kami adik-beradik pun tiada masalah dengan ibu tiri kerana adik pun ada yang dijaganya.“Kalau boleh nak berbaik sahaja, tak mahu bermusuh,” kongsinya.Sekadar info, M. Jamil dan Shahrila sah bercerai talak satu pada 28 Oktober lalu.Hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan dua orang cahaya mata perempuan iaitu Sarimah Salma, 11, dan Laila Jamila, 9.Dalam perkembangan lain, Sadiq turut membintangi filem Kacau yang bakal menemui penonton pada 12 November ini.Selain Sadiq, filem yang diadaptasi daripada novel karya Ariff Adly itu turut menampilkan Idan Aedan, Kerisyah Kemal, Fimie Don, Arfie Shah, Evanatie Sannie dan Nurel Baharin.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved