
Kota Kinabalu: Persatuan Bola Sepak Sabah (Safa) akan menyokong pencalonan Naib Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) Datuk Mohd Joehari Mohd Ayub untuk mengetuai Badan Kebangsaan itu penggal seterusnya.
Presiden Safa Datuk Shahelmey Yahya membuat pengumuman itu selepas menghadiri Kongres Tahunan Safa ke-12 2024 di Putatan, pagi Sabtu.
Advertisement“Dalam ucapan penangguhan saya sebelum ini, saya ada menyentuh mengenai pencalonan Presiden FAM dari Sabah.
“Kami akan menyokong dan akan mencalonkan Datuk Mohd Joehari Mohd Ayub untuk bertanding jawatan Presiden FAM tahun depan,” katanya.
SPONSORED CONTENT Shell Sabah Deepwater Production Manager Earns Unsung Hero Award Daily Express had the opportunity to interview Musti whose story reflects the power of determination and resilience. Read more Joehari yang pernah menjadi Naib Presiden Safa dan kini turut memegang jawatan dalam FAM sebagai pengerusi jawatankuasa status, timbalan pengerusi jawatankuasa teknikal dan pembangunan, pengurus skuad bawah 19 tahun negara dan ahli lembaga pengarah Liga Bola Sepak Malaysia (MFL), adalah antara nama yang disebut sebagai calon yang berkemungkinan untuk menggantikan penyandang Tan Sri Hamidin Mohd Amin yang tidak akan bertanding semula dalam Kongres FAM akan datang, dijadualkan pada Februari.
Dipercayai namanya dicadangkan berikutan pertemuan tertutup dengan beberapa ahli gabungan FA termasuk wakil Persatuan Bola Sepak Negeri (FA) Ahad lalu.
Advertisement (adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});Shahelmey yang juga Timbalan Ketua Menteri menambah, Safa akan sentiasa berusaha memajukan bola sepak di negeri ini termasuk pemain wanita dengan matlamat mendapatkan lebih ramai bakat tempatan beraksi di peringkat negeri dan kebangsaan.
Beliau turut merakamkan ucapan terima kasih kepada semua AJK Safa dan juga wakil daerah yang hadir pada mesyuarat tersebut.
Advertisement (adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});Sementara itu, RM5,000 turut diserahkan kepada wakil setiap daerah pada Sabtu dalam usaha membantu mereka dalam program pembangunan masing-masing.
Turut hadir pada mesyuarat tersebut ialah Joehari, Timbalan Presiden FAM Dato’ S. Sivasundaram Sithamparam Pillai, Setiausaha Agung FAM Datuk Noor Azman Hj Rahman dan Timbalan Presiden Safa, Datuk Awang Kadin Tang.



