Safawi terpaksa tinggalkan skuad Harimau Malaya

LocalFootball
12 Nov 2026 • 1:10 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Safawi terpaksa tinggalkan skuad Harimau Malaya
Safawi - Foto Bernama

TONGGAK Kuching City FC, Safawi Rasid terpaksa meninggalkan kem latihan skuad Harimau Malaya di China disebabkan urusan keluarga.

Pengendali interim Harimau Malaya, Tan Cheng Hoe berkata, Safawi pulang ke Malaysia hari ini selepas pemain itu memaklumkan kepadanya mengenai masalah yang dihadapi.

“Pihak pengurusan pasukan kebangsaan memahami situasi yang dihadapi Safawi dan kami menghormati keputusan beliau untuk pulang ke Malaysia atas sebab urusan keluarga,” katanya.

Skuad Harimau Malaya kini dalam persiapan menghadapi dua Perlawanan Persahabatan Antarabangsa Tier 1 menentang tuan rumah, China pada Sabtu dan Yemen pada 17 November.

Kedua-dua perlawanan dijadual berlangsung di Stadium Zhaoqing New District Sports Centre, Guangdong, China.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved