Safawi Rasid terpaksa pulang, tinggalkan kem latihan Harimau Malaya di China

FootballSports
12 Nov 2026 • 5:25 PM MYT
The Reporter
The Reporter

Malay site offers reporting updates and viral community news from Malaysia

Pemain sayap Harimau Malaya dan Kuching City FC, Safawi Rasid, yang terpaksa meninggalkan kem latihan skuad kebangsaan di China.

Pemain kebangsaan, Safawi Rasid dilaporkan terpaksa meninggalkan kem latihan skuad Harimau Malaya di China lebih awal susulan urusan keluarga.

Perkara itu dimaklumkan menerusi hantaran Facebook Harimau Malaya yang memaklumkan tonggak Kuching City FC berkenaan perlu pulang bagi menyelesaikan urusan peribadinya.

“Tonggak Kuching City FC, Safawi Rasid dilaporkan terpaksa meninggalkan kem latihan skuad Harimau Malaya di China disebabkan urusan keluarga,” katanya.

Bagaimanapun, hantaran tersebut tidak memperincikan urusan keluarga yang menyebabkan pemain berkenaan terpaksa meninggalkan kem latihan pasukan kebangsaan.

“Semoga dipermudahkan segala urusan Safawi Rasid dan dapat kembali memperkuatkan pasukan kebangsaan pada masa hadapan,” menurut hantaran itu.

Terdahulu, menurut laporan Makan Bola, Safawi mencuri perhatian apabila gol menariknya ketika menentang Gangwon FC dipilih sebagai gol terbaik Liga Juara-Juara AFC 2 (ACL2) minggu keempat.

Pemain sayap itu turut meledak dua gol untuk membantu Kuching City FC meraih kemenangan 2-0, selain dinobatkan pemain terbaik perlawanan oleh Sofascore dengan penilaian 8.9.

The post Safawi Rasid terpaksa pulang, tinggalkan kem latihan Harimau Malaya di China appeared first on The Reporter.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved