Safee Letak Jawatan Presiden PFAM

LocalFootball
27 Jun 2025 • 4:15 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Safee Letak Jawatan Presiden PFAM

KUALA LUMPUR, 27 Jun (Bernama) — Bekas penyerang kebangsaan Safee Sali mengumumkan peletakan jawatan selaku Presiden Persatuan Pemain Bolasepak Profesional Malaysia (PFAM).

Safee dalam kenyataan hari ini memaklumkan bukan mudah untuk beliau membuat keputusan itu, namun percaya ini masa yang tepat bagi memberi peluang kepada generasi muda mengambil alih peranan serta memimpin persatuan ke era baharu.

“Sudah tiba masanya untuk saya berundur dan memberi peluang kepada generasi muda memimpin. Saya yakin memperkenalkan perspektif baharu dan idea-idea inovatif penting untuk pembangunan bola sepak secara global.

“Satu penghormatan dapat berkhidmat dalam jawatan ini dan saya bangga dengan segala pencapaian yang telah kita raih bersama sepanjang tempoh perkhidmatan saya. Tanggungjawab saya sebagai presiden PFAM sudah selesai setakat ini sejak 2019 hingga hari ini,” katanya dalam kenyataan menerusi laman Instagram.

Safee berkata beliau yakin bakal pemimpin persatuan itu akan membawa semangat baharu atas kecintaan mereka terhadap sukan itu dan beliau menantikan perubahan positif yang akan mereka lakukan demi kemajuan sukan terbabit.

Sumber: BERNAMA

 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved