
PERSATUAN Filem dan Visual Sabah (Safva) sudah pun menghantar kertas kerja cadangan kepada Kementerian Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah (KePKAS) berhubung permohonan untuk sebuah pusat karyawan filem dan seni ditempatkan di Kompleks Kebudayaan Sabah kelak.
Presidennya, Chester Pang berkata perkara ini adalah salah satu cadangan yang diketengahkan dalam mesyuarat agung pertama Safva yang diadakan pada Sabtu lepas.
Advertisement (adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});“Ketika saya hendak menghantar dokumen berkenaan di pejabat KePKAS, saya berkesempatan untuk bertemu dengan Menteri, Datuk Seri Christina Liew, yang kebetulan berada di pejabatnya.
“Saya gembira apabila beliau sudi meluangkan masa, walaupun sibuk, untuk mendengar sendiri taklimat ringkas daripada saya.
SPONSORED CONTENT How Spritzer’s silica rich natural mineral water makes your skin healthier When it comes to skincare, the first thought on our minds would be beauty products such as serums, creams, and masks. However, beauty experts and even researchers have stated that drinking more water can be just as crucial for your skin's health. Read more “Beliau berjanji akan memperhalusi kertas kerja ini dan akan memanggil satu mesyuarat bersama Safva bagi membincangkan kandungan cadangan secara terperinci,” katanya.



