
Kota Kinabalu: Kementerian Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah (KePKAS) dengan rasa dukacita mengesahkan pemergian seorang pelancong warga Britain ketika mendaki Gunung Kinabalu, Selasa lalu.
“Kami mengucapkan takziah kepada keluarga dan rakan-rakan mendiang dalam saat yang amat sukar ini. Fikiran dan simpati kami bersama mereka.
Advertisement (adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});“Kami juga memohon agar orang ramai menghormati privasi keluarga dan semua yang terlibat dalam tempoh yang sensitif ini,” kata Menteri, Datuk Seri Christina Liew, dalam satu kenyataan pada Khamis.
Tegasnya, keselamatan dan kesejahteraan semua pelawat ke Sabah adalah keutamaan utama. Sehubungan itu, KePKAS bekerjasama rapat dengan pihak berkuasa berkaitan, termasuk Taman-Taman Sabah, pasukan penyelamat tempatan, dan pihak penguatkuasa bagi memahami keadaan di sebalik insiden tragis ini.
SPONSORED CONTENT How Spritzer’s silica rich natural mineral water makes your skin healthier When it comes to skincare, the first thought on our minds would be beauty products such as serums, creams, and masks. However, beauty experts and even researchers have stated that drinking more water can be just as crucial for your skin's health. Read more “Walaupun kami tidak dapat memberikan butiran lanjut mengenai kes ini kerana siasatan masih berjalan, kami komited sepenuhnya untuk menyokong keluarga mendiang dan bekerjasama dengan pihak berkuasa dalam apa jua cara yang diperlukan,” tambah Liew.
Menteri itu turut menegaskan bahawa KePKAS kekal berdedikasi dalam memastikan standard keselamatan tertinggi di semua destinasi alam semula jadi dan aktiviti pelancongan di Sabah, sambil ingin meyakinkan orang ramai bahawa Gunung Kinabalu adalah salah satu destinasi pendakian yang paling dipantau dan dikawal selia di dunia.
Advertisement (adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});“Taman-Taman Sabah mempunyai protokol keselamatan yang menyeluruh, termasuk penyediaan pemandu gunung profesional serta had pendaki, bagi memastikan keselamatan semua pengunjung,” katanya.
Laporan daripada Taman-Taman Sabah, sebuah agensi di bawah KePKAS, menyatakan bahawa pada 25 Februari 2025, seorang pelancong warga Britain tidak sedarkan diri ketika mendaki Gunung Kinabalu di Kilometer 8.3 pada laluan Summit Trail. Taman-Taman Sabah, dengan kerjasama Unit Mencari dan Menyelamat Gunung (MoSAR) serta pasukan penyelamat lain, segera bertindak selepas menerima panggilan kecemasan daripada malim gunung pada jam 7.17 pagi.
Advertisement (adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});Sebaik tiba di lokasi, mangsa didapati tidak memberi tindak balas dan mengalami hipotermia. Usaha segera untuk menyelamatkannya dilakukan, termasuk bantuan pernafasan kecemasan (CPR) serta penggunaan alat defibrilator luaran automatik (AED), walaupun keadaan cuaca semakin memburuk.
Mangsa kemudian dipindahkan dengan berhati-hati ke pusat pemeriksaan Sayat-Sayat sebelum dibawa turun ke Timpohon Gate, di mana dia disahkan meninggal dunia pada jam 5.10 petang.
Sebelum memulakan pendakian, mangsa telah melengkapkan borang pelepasan tanggungjawab di kaunter pendaftaran dan menerima taklimat keselamatan daripada malim gunung di Timpohon Gate.
Menurut maklumat yang diberikan oleh isteri mangsa, mendiang tidak mempunyai sebarang rekod masalah kesihatan sebelum ini. Lokasi di mana mangsa tidak sedarkan diri terletak 2.2 kilometer dari kompleks Panalaban.


