Sah Azalina letak jawatan Penasihat Khas Undang-Undang PM

Politics
30 Aug 2022 • 9:42 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Azalina Othman Said

SHAH ALAM - Ahli Parlimen Pengerang, Datuk Seri Azalina Othman Said bukan lagi Penasihat Khas Undang-Undang dan Hak Asasi Manusia kepada Perdana Menteri.

Sumber mengesahkan, Azalina telah meletak jawatan itu pada Selasa.

Sebelum itu tular di Twitter Azalina telah meletakkan jawatan berkenaan, namun laporan sebuah portal menafikan perkara itu dengan memetik sumber terdekat UMNO.

Azalina dilantik ke jawatan berkenaan pada pada 2 Oktober 2021.

Surat pelantikan itu diserahkan oleh Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Beliau dilantik ke jawatan tersebut selepas meletak jawatan sebagai Timbalan Yang di-Pertua Dewan Rakyat pada 23 Ogos 2021 atas beberapa alasan.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved