Sah bercerai, founder nafi tema raya baju Hello Kitty punca berpisah dengan suami

16 May 2024 • 5:39 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Founder atau pengasas kosmestik, Yus Aminah Mohd Zawizah nafi tema baju raya Hello Kitty yang dipakai mereka setiap tahun menjadi punca berpisah dengan suami, Mohd Afizi Mohd Nasir, 41.

Yus Aminah berkata, perkahwinan yang dibinanya bersama suami sejak 10 tahun lalu telah berakhir dan mereka sah bercerai talak satu pada Rabu di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur, kira-kira pada jam 11.15 tengah hari.

Nafi tema raya baju Hello Kitty punca berpisah

Kisah perpisahan perceraian mereka menjadi bualan ramai sehingga terdapat netizen mendakwa ia berlaku kerana lelaki itu sudah tidak tahan dengan tema baju raya yang sering menarik perhatian.

Bagaimanapun, dia pantas menangkis dakwaan tersebut dengan menyatakan amalan tema raya dengan memakai sedondon baju Hello Kitty bukanlah punca perpisahan mereka

“Bukan sebab baju Hello Kitty. Bertahun-tahun suami okey je pakai baju tu bersama dan anak-anak,”katanya.

image is not available

Dah cuba pertahan rumah tangga tapi ini jalan terbaik

Dia turut mengakui sedih terkilan dan sedih apabila terpaksa berdepan dengan perpisahan dan perceraian, apatah lagi sudah sedekad mereka hidup bersama.

Jauh di sudut hati, dia masih dan mahu mempertahankan rumah tangga namun tidak menyangka ia bakal berakhir dengan perpisahan.

“Jujur, saya masih sayangkan dia. Saya cuba untuk mempertahankan rumah tangga kami. Saya cuba hingga ke hari sebelum kami sebelum kami ke mahkamah.
“Tapi dia sudah berbeza, orangnya sangat berbeza, tak lagi macam dulu. Bukan lagi seperti saya kenal 17 tahun dulu. Bukan lagi masa berkahwin 10 tahun dulu.
“Saya terkejut sebab saya terasa hati dan makan hati,”katanya lagi.

image is not available

image is not available

Menurutnya, perpisahan yang berlaku antara mereka berdua melibatkan sikap dan emosi.

Sekadar info, usahawan yang dikenali Kakak Hello Kitty mula terkenal kerana memakai baju raya sedondon bertemakan kartun popular itu sejak tahun 2015.

Dia dan pasangan mendirikan rumah tangga pada 30 Mei 2014.

Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu Putri Jeliyta Ai Rich,9, dan Putra Jamsyeir Ai Rich,4.

image is not available

Sumber: mStar, TikTok @kakakhellokitty