“Bertahun-tahun dia okay je” – Kakak Hello Kitty Sah Bercerai, Nafi Dakwaan Baju Sedondon Jadi Punca

Entertainment
16 May 2024 • 5:31 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Sejak minggu lalu, tular desas-desus mengenai konflik rumah tangga usahawan kosmetik yang bernama Yus Amina Mohd Zawizah atau dikenali sebagai ‘Kakak Hello Kitty’ kerana tiada lagi gambar sedondon bersama suami pada tahun ini.

Desas-desus itu terjawab setelah Yus Aminah atau lebih mesra disapa Afina mengesahkan tentang perceraian dengan suaminya, Mohd Afizi Mohd Nasir.

Memetik sumber mStar, mereka bercerai talak satu pada Rabu (semalam) di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur, Kuala Lumpur.

image is not available image is not available

“Dia dah berbeza”

Afina meluahkan dia berasa amat terkilan dan sedih kerana tidak dapat menyelamatkan rumah tangga yang dibina selama 10 tahun ini.

“Jujurnya, saya masih sayangkan dia (bekas suami). Saya cuba untuk mempertahankan rumah tangga kami, saya cuba sehingga ke hari sebelum kami ke mahkamah.

“Tapi dia sudah berbeza… orangnya sangat berbeza, tak lagi macam dulu. Saya terkejut (dengan perceraian) sebab saya terasa hati dan makan hati,” kata Afina.

Nafi baju sedondon setiap tahun jadi punca

Afina turut menafikan cakap-cakap segelintir netizen yang mendakwa hubungannya bersama suami tidak bertahan lama gara-gara pakai baju sedondon bertemakan Hello Kitty setiap kali raya.

“Bukan sebab baju Hello Kitty. Bertahun-tahun suami okay je pakai baju tu bersama saya dan anak-anak,” katanya.

@kakakhellokitty

Replying to @spongebob 1989 jgn berkata bergitu sedih sy baca, minat kami sama bermula dari Anak, kes ni bukan soal baju tp perangai & Saiko emosi dri bulaj 2 buat kami tak mcm dlu..tolong jgn bg kami sedih dgn komen negativ

♬ original sound – KAKAK HI KITTY GLOBAL – KAKAK HI KITTY GLOBAL

Dalam pada itu, dia mengakui sedang struggle untuk mengusahakan bisnes demi memenuhi keperluan anak-anak selepas sah bercerai.

Sumber: mStar

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.