Sah Cerai & Habis Iddah, Netizen Puji Emma Maembong - “Lagi Elok Macam Ni, Tak Perlu Buka Aib Pasangan”

8 Oct 2024 • 3:30 PM MYT
Gempak
Gempak

Portal Hiburan No.1 Malaysia!

image is not available

Umum mengetahui pelakon jelita Emma Maembong memaklumkan dia dan bekas suami, Muhammad Shazli Azhar sudah bercerai secara baik, semalam.

Menurut Emma, dia enggan berkongsi secara terperinci mengenai perpisahan tersebut kerana enggan mengeruhkan keadaan.

Netizen Puji Cara Berpisah

Terbaharu, nama Emma ternyata mencuri tumpuan warganet susulan berita perceraian tersebut heboh di media sosial.

Menjengah ke platform media sosial, rata-rata netizen memuji tindakan Emma dan suami yang mengambil keputusan untuk berpisah cara baik.

Malah, netizen juga bersetuju dengan Emma dan suami yang tidak menghebohkan berita perceraian seperti kisah perceraian selebriti lain. 

“Tahu-tahu dah bercerai bagus pasangan ni tak mengaibkan pasangannya,” komen netizen.

“Diam-diam je, bagus tak kecoh walaupun bukan perkara yang menggembirakan. Moga yang baik-baik je untuk kedua belah pihak,” tulis netizen. 

“Classy. Bagus tak kecoh. Tahu-tahu dah habis iddah,” puji netizen lain.

“Kan proffesional macam ini, jodoh tak panjang nak buat macam mana kan,” komen netizen lagi.

“Lagi elok macam ni, tak perlu viral dan tak buka aib pasangan,” tulis netizen.

“Habis tempoh iddah, baru tahu sudah cerai bagus Emma ni. Stay strong Emma,” puji pengikut lain. 

Untuk rekod, Emma dan Shazli mendirikan rumah tangga pada 20 Februari 2020. Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan dua cahaya mata lelaki.

 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved