
LAHAD DATU: Jabatan Imigresen Sabah menghantar pulang 132 pendatang tanpa izin (PTI) warga Filipina melalui Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS), di sini, pada Selasa.
Jabatan Imigresen Negeri dalam satu kenyataan berkata penghantaran itu membabitkan tahanan di Depoh Imigresen Sandakan.
Advertisement (adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});Mereka dihantar ke Jeti Bongao, Filipina dengan feri MV Ming Hai Express menerusi program pembiayaan sendiri.
“Kesemua yang ditahan terdiri daripada 73 lelaki, 20 wanita, 17 kanak-kanak lelaki dan 22 kanak-kanak perempuan.
SPONSORED CONTENT How Spritzer’s silica rich natural mineral water makes your skin healthier When it comes to skincare, the first thought on our minds would be beauty products such as serums, creams, and masks. However, beauty experts and even researchers have stated that drinking more water can be just as crucial for your skin's health. Read more “Kanak-kanak ditemani ibu bapa atau penjaga yang sah,” kata jabatan itu.
Menurut kenyataan itu, program pembiayaan sendiri itu berharga RM370 bagi dewasa, RM210 untuk kanak-kanak berumur 5 hingga 13 tahun dan percuma untuk kanak-kanak bawah empat tahun.
Advertisement (adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});Kos tersebut juga termasuk bayaran pengangkutan bas dari Sandakan ke Lahad Datu.
Jabatan menambah, kekerapan proses pengusiran pendatang tanpa izin adalah tertakluk kepada pengeluaran dokumen perjalanan dengan segera dan berterusan oleh Kedutaan Filipina di Malaysia, yang merupakan elemen penting untuk mempercepatkan proses penghantaran tahanan ke negara asal.


