Sah Ke Solat Jika Pakai Stoking? Ini Penjelasannya [Video]

15 May 2025 • 4:56 PM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

image is not available

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Setiap yang menganut agama Islam diwajibkan untuk mendirikan solat malah ia merupakan rukun Islam kedua.

Oleh itu, untuk mendirikan solat yang sah setiap individu perlu mempelajari rukun wajib, sunat termasuklah perkara yang tidak boleh dilakukan semasa menunaikan sembahyang.

Perkara ini merupakan hal penting yang perlu dilakukan oleh semua umat Islam agar solat didirikan sah dan sempurna.

Ahli Jawatankuasa Masjid BSP terangkan hukum pakai stoking ketika solat

Baru-baru ini, ahli jawatankuasa Masjid Bandar Seri Putra di Bangi telah menerangkan mengenai hukum jika seseorang memakai stoking sewaktu menunaikan solat.

Perkara itu diterangkan oleh ahli jawatankuasa berkenaan menerusi satu video sketsa bagi memudahkan penonton untuk memahaminya.

Menerusi video tersebut, awalnya kelihatan dua individu dikenali sebagai Haji Man dan juga Pak Wan yang baharu sahaja selesai menunaikan solat dipercayai secara berjemaah.

Tegur tindakan pakai stoking kerana kedua kaki adalah anggota sujud

Sebaik sahaja selesai berdoa, Pak Man kemudian menegur Haji Man atas tindakannya memakai stoking sewaktu mendirikan solat.

“Haji Man, Pak Wan nak kecam sikit. Jangan kecil hati ya. Hujung jari kedua kaki adalah anggota sujud, mesti kena sentuh tempat sujud.

“Tapi Haji Man pula solat pakai stoking, jadi tindakan ini adalah tidak strong (kurang memuaskan),” kata Pak Wan menegur Haji Man.

Terangkan 7 anggota sujud yang wajib dibuka dan wajib ditutup

Mendengar sahaja teguran itu, Haji Man meminta Pak Wan untuk bertenang serta menerangkan satu per satu mengenai anggota sujud yang wajib ditutup dan dibuka.

“7 anggota sujud kita ni ada yang wajib ditutup ada yang wajib terbuka dan ada yang dibolehkan sama ada kita nak buka atau tutup,” jelasnya.

Mendengar penjelasan itu, Pak Wan kemudian memahami bahawa jari kaki merupakan salah satu anggota yang boleh dibuka serta ditutup seperti memakan stoking.

“Jadi nak pakai stoking waktu solat, dibolehkan. Sama juga dengan tapak tangan, kalau kita solat pakai sarung tangan pun solat tetap sah. Cumanya kalau dibiarkan terbuka lebih afdal.”

Manakala jelas Haji Man anggota yang wajib ditutup pula adalah kedua lutut dan yang wajib dibuka adalah dahi.

Tak sah solat jika dahi sujud atas kopiah atau telekung sendiri

Malah jelasnya solat seseorang tidak sah sekiranya sujud di atas kopiah sendiri mahupun telekung.

“Tapi kan Pak Wan, ada juga pendapat yang mengatakan solat pakai stoking ini dilarang dan tak sah solat. ‘Sebab apa?’ (tanya Pak Wan).

“Tak sah kalau solat tu pakai stoking je, seluar baju semua tak pakai (tidak menutup aurat dengan sempurna),” kata Haji Man sambil berseloroh.

Ustaz Azhar Idrus terangkan hal yang sama

Perkara sama turut diterangkan oleh pendakwah bebas, Ustaz Azhar Idrus mengenai sujud dengan tujuh anggota iaitu:

  • Dua kaki
  • Dua lutut
  • Dua tangan
  • Satu dahi

“Yang boleh buka ialah kaki, boleh tutup ialah kaki. Wajib tutup ialah lutut. Lutut, lelaki tutup, perempuan pun tutup.

“Kaki boleh pakai stoking, boleh tak pakai stoking. Sah belaka. Tangan boleh ditutup dan boleh dibuka, afdal terbuka jika tidak ada pelapik. Tetapi siapa pakai sarung tangan sah, walaupun sengaja,” jelasnya dalam satu video ceramah.