Sah! Lepas Buka Tudung, Mawar Rashid Kini Bercerai Dengan Raf Yaakob

23 Nov 2023 • 12:27 PM MYT
Rileklah
Rileklah

Lifestyle & travel news. Malaysian-style travel, tips, food, hotel and more!

Tiada angin tiada ribut, tiba-tiba tersebar khabar yang tidak enak berkenaan rumah tangga pelakon Mawar Rashid dengan usahawan, Raf Yaakob yang dikatakan sedang berantakan.

Isu rumah tangga Mawar dan Raf mula hangat diperkatakan selepas pelakon drama Villa Kristal itu bertindak membuka tudung awal bulan lalu.

Pada mulanya, usaha media menghubungi Mawar tidak berhasil apabila dia dikatakan mematikan telefon bimbitnya ketika ditanya wartawan mengenai rumah tangganya.

image is not available

Namun hari ini aktress berkenaan memuat naik status di IG story miliknya dengan mengumumkan bahawa mereka berdua telah bersetuju untuk berpisah atas dasar tiada persefahaman.

Difahamkan, Mawar dan Raf atau nama sebenarnya, Raden Ahmad Faizal Yaakob, 38, sepatutnya hadir ke mahkamah syariah hari ini.

image is not available

Mengukuhkan lagi dakwaan apabila Mawar dilihat memadamkan gambar bersama Raf dalam akaun Instagram miliknya.

Sementara itu, Raf Yaakob turut melakukan hal sama seperti Mawar dengan membuat pengesahan perpisahan mereka hanya menerusi hantaran di IG story miliknya.

Dalam satu kenyataan, Rat atau Raden Ahmad Faizal Yaakob memberitahu mereka sepakat untuk membawa haluan masing-masing kerana tiada persefahaman.

"Kami berdua bersetuju untuk berpisah atas dasar tiada persefahaman. Hubungan saya dan Mawar akan terus baik," katanya.

Raf juga memberitahu fokus mereka kini adalah untuk anak-anak dan akan berbincang tentang hak penjagaan bersama.

Malah dengan rasa yang amat sedih dan berat hati, Raf memakumkan keputusan ini adalah jalan terbaik buat mereka.

"Fokus kami sekarang adalah untuk memberi segala keperluan anak-anak."

image is not available

Mawar dan Raf melangsungkan pernikahan pada 9 November 2017.

Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Raden Muhammad, 4, Raden Seri Rosabella Cinta, 2, dan Raden Seri Riyanna Sayang, 10 bulan.

Sementara itu, Raf pula memiliki dua cahaya mata menerusi perkahwinan yang terdahulu.

image is not available

Sumber: Malaysia Dateline