SAH! Nissan Kicks Bakal Dilancar Disember Ini, Imej Teaser Mula Tersebar

LocalCars
1 Nov 2024 • 5:45 PM MYT
Carz Automedia
Carz Automedia

Latest automotive news & review in one place.

image is not available

image is not available

Nampaknya, desas-desus mengenai pelancaran Nissan e-Power sudah terjawab apabila Edaran Tan Chong Motor (ETCM) memuat naik satu poster yang mengatakan bahawa model itu akan dilancarkan pada Disember ini.

Sebelum ini, ETCM sudah pun memberi bayangan bahawa jentera itu akan dilancarkan tidak lama lagi apabila syarikat terbabit mendedahkan Nissan e-Power pada pameran Malaysia Auto Show 2024 (MAS 2024).

Ketika ditayangkan, badan model itu ditutupi dengan pelekat penyamaran.

image is not available

Tidak lama kemudian, ETCM mengadakan pandu uji ringkas Nissan e-Power namun tidak mendedahkan banyak maklumat, cuma hanya memaklumkan mengenai teknologi e-Power mereka.

Kicks e-Power menggunakan enjin 1.2-liter 3-silinder (82 PS/103 Nm) sebagai penjana untuk mengecas bateri berkuasa tinggi 1.57-kWh. Motor elektrik depan (FWD) menghasilkan 136 PS dan 280 Nm manakala Nissan mendakwa jarak pemanduan sekitar 900 km dan penggunaan bahan api 2.2 L/100 km.

Sebaliknya, pada hari ini, semua desas-desus terjawab apabila ia akan dilancarkan pada Disember ini.

Difahamkan, Nissan Kick akan menjadi model pertama Nissan e-Power yang akan menembusi pasaran kita .

image is not availableimage is not available

Bagi yang ingin mengetahui lebih lanjut mengenai Nissan e-Power, BACA RINGKASAN INI!

Jentera ini mampu menghasilkan kuasa setakat 129 PS dan tork 280Nm selain memberikan pecutan yang cukup padu.

Ia yang seberat 1,350 kilogram didakwa mampu memecut dari 0-100 kilometer sejam hanya dalam 9.5 saat

Buat masa ini, tiada sebarang anggaran harga namun harga jangkaan Kicks dijangka serupa dengan Honda HR-V.

image is not available

Apapun, teruskan bersama Carz.com.my untuk mengetahui lebih lanjut mengenai Nissan e-Power yang bakal menyusul tidak lama lagi.