Sah! Perodua Bakal Lancar Model Terbaharunya, Traz/Nexis D66B Pada 17 Dis Ini

LocalCars
12 Dec 2025 • 6:30 PM MYT
Carz Automedia
Carz Automedia

Latest automotive news & review in one place.

image is not available

image is not available

Sebelum melabuhkan tirai tahun 2025, Perodua mengesahkan pihaknya akan melancarkan secara rasminya, satu lagi model terbaharunya yang dikenali sebagai Perodua Traz/Nexis D66B, pada 17 Disember ini.

Pengumuman itu dibuat melalui satu lagi imej teaser yang disiarkan di saluran media sosialnya, disertai dengan kapsyen "Built on the strength of the Perodua ecosystem, it’s GUARANTEED to be something you can count on.

"The countdown begins: 5 more days. Are you ready for what’s on the horizon? Stay tuned," tulisnya.

Mujurlah, kali ini kereta tersebut hanya diselubungi dengan bayangan gelap namun masih boleh melihat beberapa bahagian kereta dengan lebih jelas.

image is not availableimage is not available

Buat masa ini, kami boleh mengesahkan ia adalah model Perodua Traz/Nexis D66B.

Perodua Traz/Nexis ini akan hadir dalam warna Cranberry Red yang sama seperti Perodua Myvi generasi ketiga (MG3) versi facelift.

Selain itu, ia turut menampilkan beberapa kemasan hitam, termasuk pada penutup cermin sisi, skirt sisi serta bahagian roda, tetapi bukan pada bumbung sekali gus memberi bayangan bahawa ia mungkin tidak menerima pilihan warna dua tona seperti mana model asasnya, Toyota Yaris Cross berasaskan DNGA.

Hasil pemerhatian juga mendapati imej teaser terbaharu itu menunjukkan bahawa SUV segmen-B baharu Perodua ini akan menerima reka bentuk rim aloi yang sama seperti Toyota Yaris Cross spesifikasi Thailand, iaitu rekaan dwi lima-jejari dengan kemasan dua tona perak dan hitam.

image is not availableimage is not available

Selain itu ia akan hadir dengan gril hadapan dengan lencana Perodua seperti yang dilihat dalam teaser pertama, kebanyakan bahagian kereta ini kelihatan hampir sama dengan kembarnya, Yaris.

Malangnya, tidak banyak butiran dikongsikan terutama trenkuasa atau spesifikasi penuh model ini, tetapi kami yakin bahawa Traz/Nexis D66B akan menjadi kembar kepada Toyota Yaris Cross yang direka khas untuk pasaran Asia Tenggara.

Bagi yang tidak tahu, Toyota Yaris Cross ditawarkan dengan enjin 1.2 liter 4-silinder NA 2NR-VE atau hibrid 1.5 liter 4-silinder 2NR-VEX yang lebih bertenaga, dengan model hibrid dipadankan motor elektrik dan transmisi automatik e-CVT.

Di sebalik berita ini, nampaknya ketibaan Perodua TrazTraz/Nexis D66B, akhirnya terjawab memandangkan perbincangan hangat mengenai model ini, bermula sejak tahun 2024.

image is not available

Difahamkan, projek tersebut kemudian ditangguhkan untuk memberi laluan kepada pembangunan model EV pertama Perodua, iaitu Perodua QV-E, yang digelar sebagai kenderaan elektrik buatan tempatan pertama Malaysia.