
Terima Mas Kahwin Sepohon Bunga Emas, Erra Fazira Sah Bergelar Isteri Kepada Mr E
Pelakon dan pengacara, Erra Fazira, 51, selamat diijabkabulkan bersama pasangan pilihan, Ezwan Zain, 44, dengan hanya sekali lafaz pada pagi ini.
Majlis pernikahan Erra dan Ezwan atau lebih dikenali sebagai Mr dilangsungkan pada tarikh cukup istimewa pada 12 Disember 2025.
Raja sehari itu dinikahkan oleh Penolong Pendaftar Perkahwinan, Majlis Agama Islam Selangor, Mohd Sabirin Bin Noordin pada jam lebih kurng 9.19 pagi.
Terima Sepohon Bunga Emas
Lebih manis, bintang filem Sembilu itu menerima sepokok bunga emas seberat 102 gram sebagai mas kahwin, sebentuk cincin jenama Cartier pada sesi pembatalan air sembahyang, dengan hantaran termasuk sepersalinan emas yang disatukan dalam talam yang ditandu.
Selepas 11 tahun bergelar ibu tunggal, Erra dilihat menitiskan air mata sebaik sahaja bergelar isteri kepada Ezwan.
“Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar seperti dirancang. Syukur, doakan rumah tangga kami,” ujar Erra.
Untuk makluman, majlis penyatuan dua jiwa ini dilangsungkan di Rinjani Majestic, Kampung Melayu, Subang, dalam suasana ditemani keluarga dan teman sahabat terdekat.
Majlis diserikan tema putih dengan majlis persandingan bertemakan ala-ala garden kontemporari diliputi bebunga putih.
Sebelum ini, Erra menamatkan desas-desus pernikahannya yang akan berlangsung pada tahun ini sewaktu majlis pelancaran video muzik Cinta Abadi 2025.

